Sofiya Raudhah (cerpen) part 2...
Assalamualaikum,...seperti yang dijanjikan ana nak post cerpen sofiya raudah part 2 kan?? x sngke plak yg ari ni ana buat 3 post..huh...dasyat..,erm..xpelah..ana harap antum dan antunna dpt bce smbgn cerpen ini..moge ade manfaatnye...insyaAllah..wasalam... Sudah banyak berlaku pengubahsuaian terhadap struktur dalaman maktabah ini. Kenangan bersama sahabat-sahabat sewaktu di bangku sekolah menggamit memorinya. Terkadang dia tersenyum sendiri. Maktabah ini juga menyimpan banyak kenangannya bersama Sofiya. Rindu pula hatinya terhadap temannya yang sudah empat tahun berada di bumi Nil itu. Dia mengeluarkan diarinya yang masih disimpan, jika dulu dia sukar meluahkan perasaanya dalam diari tetapi kesibukannya sebagai pelajar universiti menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk menulis diari. Program pentarbiahan dan da’wah yang diikutinya semenjak dua tahun yang lalu telah banyak mengubah dirinya, mengenal kembali makna kehidupannya di bumi ini. Dia menintakan sesuatu dalam diarin