Anis Fatihah (Part 3)

Bismillahirrahmanirrahim .. 
Assalamualaikum , dah lama kan tak update blog nii ? :3 cerpen Anis Fatihah pun trgantung . maaf sgt2 . cerpen ni dah lama siap , cuma tak sempat nk publish . Semoga kalian memperoleh manfaat dripada cerpen ini . Selamat membaca :D *macam ramai sgt je yg bce >_< .


“Assalamualaikum, umi apa khabar? Anis rindu sangat dekat umi, ayah, kakak dan abang”  Anis Fatihah meluahkan rasa rindunya terhadap keluarga di Malaysia semasa berhubung dengan uminya melalui telefon.

“Kami di sini pun rindu sangat kat Anis, Tahun ni kan tahun akhir Anis kat sana.. Sekejap sahaja masa berlalu, dah empat tahun Anis belajar di sana. Anis balik sebelum raya kan?”

“Hehe, Alhamdulillah umi.. Dah empat tahun jugalah Anis tak beraya dengan keluarga. InsyaAllah umi .Tapikan umi, kolej Anis ada buat lawatan ke umrah dua minggu. Anis nak pergilah umi, nak merasa berpuasa kat sana, kiranya nanti Anis balik Malaysia lambat sikitlah ya umi? Anis balik lagi seminggu nak raya.”

“Alhamdulillah, bagus anak umi.. Pergilah sayang.. Anis, umi nak cakap sesuatu ni, ada orang meminang kamu semalam.”

“Ha? Siapa umi?”

“Hm, tak silap umi Afiq Zakwan namanya.. Anis kenal ke?”

Anis Fatihah terkesima seketika, dia tidak menyangka bahawa Afiq Zakwan benar-benar menunaikan janjinya.

“Hmm.. Kenal umi, dia pelajar STPM kat sekolah Anis dulu.. umi terima ke pinangan tu?”

“Umi belum memutuskan apa-apa jawapan pada pihak mereka, umi mahu Anis sendiri yang membuat keputusan untuk menerimanya ataupun tidak, ini soal kehidupan kamu sayang.”

“Takpelah umi, nanti Anis fikirkan dan insyaAllah nanti Anis buat solat istikharah.” Okaylah umi, Anis ada kelas sekejap lagi, Assalamualaikum umi, sampaikan salam pada ayah dan keluarga yang lain, ya?.

“Okay, waalaikumsalam. Jaga diri ya sayang”

Setelah Anis Fatihah menamatkan panggilan ibunya, dia berfikir.. Perlukah dia menerima pinangan Afiq Zakwan? Dia tidak menyangka bahawa Afiq Zakwan benar-benar mengotakan janjinya  empat tahun yang lepas.  Mungkin istikharah ialah jalan yang terbaik.






****


Anis Fatihah menceritakan hal yang diberitahu oleh uminya kepada sahabat baiknya Sofia Insyirah. Sofia Insyirah juga terkejut dengan peminangan Afiq Zakwan, dia pun tidak menyangka bahawa Afiq Zakwan benar-benar ingin menyunting Anis Fatihah menjadi suri hatinya walaupun sudah beberapa tahun mereka tidak bersua.

Sofia Insyirah juga menasihati Anis Fatihah agar fikir betul-betul perkara ini dan seeloknya membuat solat istikharah memohon petunjuk Illahi, sempat dia menyanyikan serangkap lagu “permata yang dicari-Dehearty” “Ya Allah, jika dia benar untukku, tetapkanlah hatinya dengan hatiku.. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU”.   Ya, istikharah ialah jalan yang paling baik untuk memohon petunjuk Allah.

***


Sudah dua minggu ramadhan berlalu, begitu pantas masa berjalan. Dua minggu lagi Anis Fatihah akan pulang ke Malaysia kerana sudah habis pengajiannya di Universiti Yarmouk, Jordan, sudah empat tahun Anis Fatihah tidak pulang ke Malaysia, dan empat tahun itulah dia beraya bersama-sama sahabat seperjuangan di bumi Jordan. Perasaan rindu kepada keluarga dan sahabat-sahabat di Malaysia tidak dapat ditahan lagi. Anis Fatihah juga sangat rindukan suasana hari raya di Malaysia yang sememangnya berlainan suasana di Jordan. Bak kata pepatah “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri” Tapi dia juga merasa sedih ingin meninggalkan bumi Jordan itu yang telah empat tahun dia diami itu.

Dua hari lagi Anis Fatihah bersama rakan-rakannya akan berangkat  pergi ke Mekah untuk membuat umrah dan akan terus pulang ke Malaysia. Anis Fatihah tidak mendapat lagi jawapan istikharahnya untuk menerima Afiq Zakwan. Mungkin Allah bagi petunjuk lambat sedikit, fikirnya. Mungkin juga Allah mahu memberi petunjuk semasa dia sedang mengerjakan umrah di Mekah. Dia hanya bersangka baik dengan Allah dan hanya bersabar.






***


Afiq  Zakwan terkejut apabila terlihat Anis Fatihah yang mengikuti lawatan dari Universti Yarmouk , Jordan. Afiq Zakwan juga mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak universitinya iaitu Universiti Al-Azhar Mesir.  Universiti mereka juga akan bergabung dan akan bersama-sama dalam mengerjakan umrah.

Afiq Zakwan hanya menundukkan wajahnya saat Anis Fatihah terpandangkan dirinya. Dia tidak mahu Anis Fatihah perasan akan dirinya. Dia juga agak kecewa apabila Anis Fatihah belum memberi jawapan kepada pinangan yang dihantar oleh ibu dan bapanya pada bulan lepas.  Afiq Zakwan tetap menunggu dengan sabar. Mungkin Anis Fatihah memerlukan masa untuk membuat keputusan yang tepat. “Ya Allah, jika benar Anis Fatihah jodohku, berilah kami petunjukMu.. Jika dia bukan jodohku, kau redhakanlah hatiku untuk menerima ketentuanMu.” Doa Afiq Zakwan..





***

“Ya Allah, berikanlah aku petunjukMu.. Aku buntu ya Allah, andai benar telah tertulis untukku bahawa Afiq Zakwan benar-benar jodohku dan yang terbaik untukku, kuatkanlah hatiku untuk menerima dirinya. Dan jika dia bukan yang terbaik untukku, KAU berilah aku petunjuk agar tidak menerimanya. Aamiin ya Rabbal Alamin.” Anis Fatihah berdoa memohon petunjuk dari Illahi.

Sepanjang di bumi Mekah itu, Anis Fatihah tidak melepaskan peluang memanjatkan doanya, agar dia berjaya dalam peperiksaan dan mendapatkan petunjuk bagi pinangan Afiq Zakwan.


***

Hari ini merupakan hari terakhir mereka semua di Makkah Al-Mukarramah, Anis Fatihah terlihat seorang lelaki yang sedang mengangkat barangnya untuk membawa pulang. Anis Fatihah seakan mengenali lelaki itu. Tetapi dia tidak dapat mengingati siapakah lelaki itu.  Sedang dia leka memandang lelaki itu, sahabatnya Aliah Nabilah menegurnya. “Anis, jaga mata tu. Hehehe”  Anis Fatihah sudah merasa malu. “Err, takdelah, ana macam kenal lelaki itu, tapi ana tak dapat ingat siapa.. biarlah, tak penting pun.



***


“Aku terima nikahnya Anis Fatihah binti Mohd Hisyam dengan mas kahwinnya RM 80 tunai”  Lafaz Afiq Zakwan semasa diijabkabulkan.

“Sah ! Sah ! Sah!”

Dengan sekali lafaz sahaja, Anis Fatihah dan Afiq Zakwan selesai diijabkabulkan dan mereka mengucapkan syukur ke hadrat Illahi.

Anis Fatihah mendapat petunjuk untuk menerima Afiq Zakwan semasa berada di Makkah Al-Mukarramah. Dan selepas 6 bulan mengikat tali pertunangan, meraka diijabkabulkan. Dan apabila melihat wajah Afiq Zakwan, baru Anis Fatihah perasan bahawa pelajar lelaki dari Universiti Al-Azhar semasa mengerjakan umrah ialah Afiq Zakwan.





***


Sofia Insyirah memeluk erat sahabatnya itu. Dia sangat gembira dengan pernikahan Anis Fatihah dan Afiq Zakwan. Benarlah kata orang-orang dahulu “kalau dah jodoh tidak ke mana” . “Lepas ni kau pulak kahwin tau ! hahaha .” Anis Fatihah mengusik sahabatnya itu. “Kau carikan aku suami boleh? Hahaha.. “ Sofia Insyirah membalas usikan Anis Fatihah. “Boleh je, takde masalah. Hahaha “  Mereka berbalas senyuman.. Sungguh indah ukhuwah di antara mereka.

Anis Fatihah bersyukur dikurniakan seorang suami yang soleh. Afiq Zakwan merupakan seorang hafiz yang menghafal 30 juz Al-quran. Dia merasa sungguh rendah diri mendapat suami penghafal A-Quran. Dia juga bersyukur kerana dia tidak pernah bercinta sebelum berkahwin. Dia sangat berharap Afiq Zakwan akan membimbingnya untuk ke Syurga kelak.

“Anis, terima kasih kerana sudi menerima abang sebagai suami sayang. InsyaAllah, kita akan bersama-sama masuk ke syurga Allah nanti.. “ Kata Afiq Zakwan kepada isterinya Anis Fatihah. Dia juga bersyukur kerana dikurniakan isteri sebaik Anis Fatihah. Dia berharap agar dia boleh menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab dalam mencari redha Illahi.




***

Begitu tenang Anis Fatihah apabila solat diimamkan oleh suaminya sendiri Afiq Zakwan. Begitu tenang suaranya. Usai bersolat, Afiq Zakwan mengetuai doa mereka. Antara doanya ialah ““Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa.” Semoga mereka berbahagia serta sentiasa berada dalam cinta Allah..

Indahnya cinta selepas nikah.



(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang
baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”






p/s : Maaf kalau mengarut . Yang baik datang dari ALLAH , yang kurang dari diri saya sendiri . May Allah bless you all ^_^





Comments

Popular posts from this blog

Awak, kenapa awak kahwin dengan saya???

Doa Seorang Hamba

Anis Fatihah (Part 2)