Berpisah kerana Allah


Bismillahirrahmanirrahim...
hayatilah kata-kata di bawah ini..
moga bermanfaat..

Aku termenung sendirian tatkala mengenangkan diri ini..
Aku tahu Allah sedang menguji aku, hambanya yang sangat lemah..
Aku diuji dengan pelbagai penyakit yang menyukarkan aku mebuat pekerjaan.
Pekerjaanku tergendala disebabkan penyakit yang ada pada diri ini..
Namun aku redha, kerana aku tahu Allah sangat sayang kepadaku..

Dia tahu apa yang terbaik untukku..
Di saat aku jatuh ke bawah, dan berpisah dengan rakan-rakan kesayanganku,
Aku tahu Dia sentiasa ada denganku..
Walaupun rakan-rakanku tidak lagi bersamaku di sisi.
Aku tetap mengingati mereka..

Sahabat, janganlah kau melupakan aku,
walaupun kau jauh di mata, tapi kau selalu berada di hatiku..
Di saat aku mengetahui bahawa kita akan berpisah,
Aku cuba tersenyum dan bergelak ketawa denganmu , walaupun di dalam hati ini,
Meraung, menangis dan terasa sangat pedih untuk meninggalkan dirimu wahai sahabat.


Namun apakan daya..
Takdir telah menentukan kehidupan kita.
Aku harap kau tidak akan memutuskan ukhuwwah yang terjalin antara kita,
Walaupun kau dan aku tidak bersama-sama selalu seperti dulu..
Dan aku harap kita akan sering ingat-mengingati dan saling merindui..
Mungkin ada hikmah kita dipisahkan, kau berada di atas dan aku jatuh tersungkur di bawah.

Sahabat,
Aku tahu, kita bersahabat kerana Allah, dan kita berpisah juga kerana Allah..
Aku mengharapkan redha Allah mengiringi perpisahan yang terjadi.
Aku juga mengharapkan kita semua tabah untuk menghadapi dugaan yang satu ini..
Allah menguji kita dengan ujian yang kecil sedangkan ada yang diuji dengan ujian yang sangat besar..



Ya Allah, Kau tabahkanlah hati kami…
Satukanlah hati-hati kami walaupun tidak lagi bersama..
Kau kuatkanlah hati kai untuk menempuhi dugaan ini..

Sahabat,
Ingatlah bahawa aku tidak akan melupakanmu,
Tidak akan hilang perasaan sayangku kepadamu,
Aku berharap, ukhuwwah kita tidak akan punah disebabkan perpisahan ini..
InsyaAllah..

Selamat berjuang sahabatku.. berpisah kita kerana Allah, bertemu kita kerana 
Allah.. jangan lupakan aku sahabatku..
sesungguhnya aku sangat mencintaimu kerana Allah sampai bila-bila dan tidak ada sesiapa yang dapat memisahkan kita kecuali maut menjemputku..



-Ana Raihanah-

Comments

Siti Aishah said…
mungkin Allah mahu perubahan yg kita impikan dri tahun lepas terjadi. ana ingt lagi x?
ermmm...mungkin... ingt sgt2..
xpelah alhamdulillah kite adalah insan yang terpilih dan insan yang paling beruntung diuji dengan dugaan ni.. mungkin Allah nak soh kite menjadi yang lebih baik dan lebih matang.. xpelah..

Popular posts from this blog

Awak, kenapa awak kahwin dengan saya???

Doa Seorang Hamba

Anis Fatihah (Part 1)