Ujian allah..

Bismillahirrahmanirrahim..
arini ana nak kongsi sedikit pengisian,
insyaAllah, bermanfaat.. :)


Dulu,
Apabila aku diuji,
Seringkali aku mengeluh kerana ujian itu.. 
Dan aku juga sering mengatakan...
Kenapa mesti aku? Kenapa mesti aku? Kenapa mesti aku?


Aku tahu itu hanya bisikan syaitan,
sedangkan aku tahu,
ada yang lagi berat ujiannya..


Aku perlu memperbaiki diri ini..
Aku perlu mujahadah..
Ujian dari Allah menjadikan aku lebih dewasa..






Kini...
Apabila aku diuji, 
aku mencuba sedaya upaya untuk menerimanya dengan sepenuh hati,
Kerna aku tahu Allah sayang kepadaku,
Allah juga ingin menguji keimanan aku..
Maka aku perlu memberbaiki imanku..
Tepuk dada tanyalah iman,
memang iman kata sihat, 
tapi, hanya diri kita yang mengetahui betapa lemahnya iman kita,
sebagai manusia yang lemah.
Aku tahu allah inginkan perubahan yang lebih baik untuk diriku,
Aku juga perlu mendidik dan mentarbiah hati ini.


Dengan dorongan dan nasihat rakan-rakan dan orang-orang yang tersayang..
Alhamdulillah hidupku makin disinari,
Dan aku lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan..
Aku juga berusaha mencari diri yang baru untuk menjadi yang lebih baik di sisi Allah..



Dan pabila aku telah menerimanya,
Dan aku sedang mencuba sedaya upaya mencari diriku yang baru,
Dan semangat yang baru telah datang kepadaku,
Ada yang melemahkan semangatku itu,

Di saat itu,
Aku merasakan diri ini terlalu marah..
Dan aku merasakan seperti dirasuk oleh syaitan yang durjana,
Aku sekali lagi mengatakan..
Kenapa mesti aku? Kenapa mesti aku? dan kenapa mesti aku?


Di saat itu aku merasa kesakitan yang amat sangat,
Mungkinkah Allah sedang murka kepadaku?
Tetapi aku seakan tidak menyedari apa yang aku katakan.




Syukur, 
apabila ada yang mnasihati aku, 
melembutkan hatiku,
dengan perlahan aku membaca satu persatu kalam indah dalam Al-quran..
Di saat itu,
aku merasakan diri ini seakan tenang selepas membaca kalam-kalam indah..
Nikmatnya ya Allah..


Doa dari orang yang tersayang mengiringiku agar aku menjadi seorang insan yang lebih baik..


Alhamdulillah, kini aku dapat merasakan kasih sayangMu ya Allah..
Kau ampunilah dosaku,
Berilah aku kesabaran dan ketabahan untuk menjalani ujianMu ya Allah..
Kau kuatkanlah hatiku untuk menempuhi setiap dugaan yang mendatang..
Aku tahu Kau sentiasa ada bersamaku..


Wahai sahabat sekalian,
Janganlah kau menolak akan semua dugaan yang hadir pada dirimu,
Allah menguji kita kerana Dia teramatlah sayang kepada kita..






Kini aku sedar....


Innallaha'mana...


Semoga post ini bermanfaat kepada semua... ingatlah bahawa allah sentiasa ada bersama kita, dan buatlah sesuatu pekerjaan kerana allah.. insyaallah..





Comments

Popular posts from this blog

Awak, kenapa awak kahwin dengan saya???

Doa Seorang Hamba

Anis Fatihah (Part 1)