Anis Fatihah (Part 1)


Bismillahirrahmanirrahim ,
Assalamualaikum .. Apa khabar semua ? iman sihat ? harap sihatlah ye . alhamdulillah , habis juga peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) . Hanya mampu bertawakal je menanti keputusan . Blog ni pun dah lama tak berupdate . Alhamdulillah , ana ada buat satu cerpen .. tapi baru part 1 . harap kalian sudi membaca walaupun tidak menarik dan agak mengarut . *cakap macam ramai je yang baca . huhu .. 



Anis Fatihah membuka surat yang dijumpainya di dalam laci mejanya di dalam kelas . Bukan pertama kali Anis Fatihah menerima surat-surat daripada lelaki , tetapi surat kali ini agak berbeza dari surat-surat yang pernah diterimanya dulu . Isinya agak lain dari surat sebelum ini .

Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum ya ukhti Anis Fatihah . Ana sebenarnya dah lama jatuh hati dengan anti , ana suka dengan peribadi anti .  seriously ana cintakan anti kerana Allah . Buat masa ni anti tak payahlah tahu tentang diri ana . Ana harap anti makan coklat yang ana bagi tu . =))                          

ikhlas dari AZ ^^            
"Wah , dapat surat cinta lagi ke anis ? untunglah kawan ana seorang ni . Asyik dapat surat cinta je , haha . " Tegur sahabat baiknya , Sofia Insyirah . Anis Fatihah memang kerap mendapat surat cinta kerana mukanya yang cantik dan putih kemerah-merahan , dia juga memiliki sifat lemah lembut dan sangat disenangi oleh guru-guru dan pelajar di sekolahnya. Tetapi dia tidak berminat kerana dia mempunyai pendirian yang tetap untuk belajar bukan bercinta lagipun dia bersekolah di sebuah sekolah agama .

"Ana tak berminat langsung dekat orang yang macam ni , kalau dah minat tu , masuk jelah meminang . Ni nak bagi surat bagai . Huh . Tapikan , cuba anti tengok isi surat ni , lain daripada surat-surat yang ana pernah dapat . " jawab Anis .

"Amboi , cinta kerana Allah ? haha , lawaklah . AZ ? Siapa erk ? hm , takpe .. Nanti ana siasat . " kata Sofia Insyirah kepada sahabat baiknya itu .

"Tak payahlah anti menyusahkan diri nak menyiasat pasal AZ tu , malas ana nak fikir .
Baik ana fokus kepada pelajaran , ana tetap dengan prinsip ana NO COUPLE BEFORE AKAD  . Lagipun SPM tinggal sebulan je lagi . Anis Fatihah menjawab dengan serius . Dia memang tidak berminat dengan remaja yang suka sangat bercinta semasa bersekolah , tambahan pula , dia belajar di sekolah agama .

" Eh , Anis ! nak pegi mana pula tu ? "

"Ana nak pegi jumpa ustazah Masyitah . Nak bagitahu pasal surat tu "

"Lah , tak payahlah jumpa ustazah . Anti tak nak coklat tu , bagi ana je . hehe ."

"Banyaklah , ana nak jumpa juga .. Biar ustazah cari siapa yang bagi surat tu .

"Eleh , tadi kata tak nak fikir ".

"Ana nak minta ustazah cari je sapa AZ ni . "

"Yela Anis sayang ! "



                                                   

"Qiyaman ! " jerit ketua tingkatan kelas 5 Al-Khalid .

"Assalamualaikum ya ustazah ! " semua pelajar tingkatan 5 Al-Khalid memberi salam kepada ustazah Masyitah yang mengajar subjek Pendidikan Islam .

"Waalaikumussalam murid-murid , " duduk semua .. Hari ni ustazah nak buat ujian sikit . Tapi ujian ni khas untuk pelajar lelaki je , pelajar perempuan saya buat hari lain "

"Lah ustazah , mana adil .. Buat jelah sekali "

"Ada sebab saya buat macam ni , ikut je lah ya " ustazah Masyitah menjawab dengan lembut .

"Baiklah ustazah  " Semua pelajar lelaki menjawab dengan perlahan . 

Ustazah Masyitah sengaja membuat ujian untuk pelajar lelaki kerana ingin melihat tulisan pelajar lelaki di kelas 5 Al-Khalid . Dia ingin mengetahui siapa yang beri Anis Fatihah surat cinta . 

"Anis Fatihah , lepas ni ikut saya ke bilik guru ye . " 
"Baiklah ustazah " .


                                                        

"Anis , saya dah tengok semua tulisan pelajar lelaki di kelas awak . Takde satu pun tulisan yang sama , mungkin surat tu dari pelajar kelas lain atau pelajar lelaki kelas awak suruh kawan dia yang tolong tuliskan . "

"Mungkin juga ya ustazah , takpelah ustazah . Saya malas nak fikir lagi , SPM tinggal sebulan je lagi . Saya nak fokus pada SPM , kalau dia bagi lagi surat , biarlah . Malas nak fikir lagi . "

"Betul tu , kalau dia betul-betul ikhlas sukakan anis , mesti dia akan cuba jalan lain selepas SPM nanti , sekarang ni awak fokus je pada peperiksaan yang semakin hampir tu."

"Baiklah ustazah . Syukran ye ustazah kerana bantu saya , saya minta diri dulu , assalamualaikum . "

"okay , afwan .. waalaikumsalam "

                                                             **********

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia semakin hampir , tinggal dua minggu lagi sebelum peperiksaan bermula . Anis Fatihah dan rakan-rakannya berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan kejayaan . Anis Fatihah merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) . 

Anis Fatihah juga tidak lagi mendapat surat cinta daripada lelaki yang bernama AZ , mungkin dia tidak mahu menganggu Anis Fatihah kerana peperiksaan SPM sudah semakin hampir . Anis Fatihah juga tenang tanpa memikirkan lelaki misteri itu . Dia lebih fokus terhadap pelajarannya , kerana dia ingin berjaya dalam peperiksaan itu .

Semasa peperiksaan percubaan SPM , Anis Fatihah mendapat 9A 3B , keputusan yang diperolehinya itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk mendapat semua A dalam peperiksaan sebenar . Dia mengambil 11 matapelajaran dalam aliran sains . 

Sahabat baik Anis Fatihah , Sofia Insyirah agak lemah dalam pelajaran . Anis Fatihah banyak membantu sahabatnya itu dalam matapelajaran yang tidak difahami oleh Sofia Insyirah . Anis Fatihah ingin berjaya bersama-sama sahabatnya yang tersayang itu . 


                                                      

Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia . Anis Fatihah berasa amat lega kerana sudah selesai menduduki peperiksaan yang besar itu . Anis Fatihah dan Sofia Insyirah hanya mampu bertawakal menanti keputusan yang akan diumumkan nanti .

Sofia Insyirah dan Anis Fatihah berpelukan selepas keluar dari dewan peperiksaan . Mereka tahu bahawa mereka akan berpisah dan akan menuju ke arah yang berlainan . Anis Fatihah bersalaman dengan semua sahabatnya yang perempuan dan bersalaman dengan guru-guru yang hadir pada hari tersebut . Anis Fatihah sedih kerana dia bakal meninggalkan sekolah itu selepas ini , selama lima tahun dia menuntut ilmu di Sekolah Menengah Arab Abu Ubaidah . 

Di situ jugalah ukhuwah antara Anis Fatihah dan Sofia Insyirah bermula . Anis Fatihah bersyukur dikurniakan seorang sahabat yang amat memahami dirinya dan senantiasa bersama-sama ketika susah dan senang . Sofiah Insyirah juga sering menegur kesalahan Anis Fatihah . Dengan ukhuwah yang dibina berlandaskan keimanan , hubungan rapat yang terjalin antara mereka sering menimbulkan cemburu di antara sahabat yang lain . Tetapi , Anis Fatihah dan Sofia Insyirah juga sangat rapat dengan sahabat-sahabat perempuan yang lain . Semua pelajar amat menyenangi mereka berdua .

"Sofia , ana nak balik lah . Nanti bila-bila ana datang rumah anti , anti pun selalu-selalulah datang rumah ana . Nanti takdelah rindu sangat , hehe . " Anis Fatihah bercakap dengan sahabat baiknya itu .

"Okay , baik boss . I will miss you my friend , hahaha .. " Seloroh Sofia Insyirah . 
"Ana uhibbuki fillah jiddan . " Kata Anis Fatihah sambil memeluk sahabatnya itu .
"Hehe , uhibbuki fillah kaman ya sodiqati " Balas Sofia Insyirah .

Anis Fatihah berjalan menuju ke pintu pagar sekolahnya kerana ayahnya sudah sampai . Semasa melewati pondok jaga , "pak guard" memanggilnya dan memberikan sekeping sampul surat . Katanya ada seorang pelajar lelaki tingkatan enam yang menyuruhnya beri kepada Anis Fatihah . 

"Sapa pula bagi surat ni , pelajar lelaki tingkatan enam ? aisyy . " Anis Fatihah berkata di dalam hati . Pon ! Pon . "Alamak ayah dah hon pula , bukak kat rumah jelah . Terima kasih ya pakcik " .



bersambung...

p/s : minta maaf kalau cerita ini agak mengarut dan tidak menarik , tegurlah jika ada salah .. kerana i'm just human . nobody perfect =)




                                                       

Comments

Anonymous said…
wah ! best gila crita ni, Jgn lupa crita utk part 2, tak sabar nak baca ,
hehe , best ke biah .. btw , thnx .. insyaAllah , nnty aku smbung ^^
syukran .. smbungan , insyaAllah .. ^^
nao ryuki said…
dah baca , mmg best . lain ar aku otak kering takdak idea , dgn manyak masalah tp still smilling , sambungan please :)
eceh ! pika lagi banyak idea kan ? kan3 ? huhu .. insyaAllah , nnty aku smbung .. dah kekeringan idea actually .. haha ..
tinta merah said…
cerita yg menarik..teruskan...
alhamdulillah .. syukran ^^

Popular posts from this blog

Awak, kenapa awak kahwin dengan saya???

Doa Seorang Hamba