Anis Fatihah (Part 2)
Bismillahirahmanirrahim , Assalamualaikum .. Salam Aidiladha ^^ Kullu am wa antum bikhair . ni sambungan Anis Fatihah part 2 .. Selamat membaca . Semoga ada manfaatnya .. =)
Setelah mengucapkan terima kasih kepada "pak guard" Anis Fatihah mempercepatkan langkah ke kereta ayahnya .
"Assalamualaikum ayah . "
"Waalaikumussalam , macamana exam yang terakhir hari ini ? okay ? "
"Alhamdulillah yah , sekarang ni Anis hanya mampu bertawakal menanti keputusan . Harap-harap Anis dapat keputusan yang cemerlang . "
"InsyaAllah , anak ayah kan pandai ." Kata Encik Hisyam kepada anak perempuannya itu sambil tersenyum . Encik Hisyam tahu anaknya memang sangat rajin berusaha , setiap hari Anis Fatihah pulang dari sekolah lewat dan dia akan mengulangkaji pelajaran pada setiap malam . Dia hanya mampu mendoakan kejayaan anaknya itu .
"Hehe , ayah ni ada-ada je tau . "
"Err , tadi ayah nampak Anis dapat surat . Surat apa tu ? surat cinta ea ? haha " Encik Hisyam bertanya tentang surat yang diberikan oleh "pak guard" kepada anaknya Anis Fatihah .
" Haa ? err , ntahlah ayah . Anis tak sukalah dapat surat-surat ni , huh " Anis Fatihah mengadu kepada ayahnya . Anis Fatihah memang sangat rapat dengan ayahnya . Encik Hisyam juga sangat menitikberatkan perihal anak-anaknya . Tambahan pula Anis Fatihah merupakan anak bongsu dalam keluarganya .
"Ayah tak kisah kalau ada orang minat pada anak ayah , tetapi gunakanlah cara yang betul . Jumpa ayah , boleh bincang . Lagipun Anis baru je habis SPM , perjalanan Anis masih panjang sayang . Anis kenal ke sapa yang bagi surat tu ? "
"Ayah , Anis pun tak nak fikir benda-benda macamni lagi . Anis baru je habis SPM ,ANis tak kenal pun sapa yang bagi surat tu , "pak guard" tu kata form six , sapa ntah . Malas Anis nak fikir , buang masa je , huh . Anis nak kejar cita-cita Anis dulu yah , kalau boleh Anis nak sambung belajar kat Jordan . Boleh tak yah ? hehe "
"Haha , hal tu tanya umi Anis ye . Ayah tak kisah , umi Anis tu susah sikit . "
"Tulah , aisyy . Takpe-takpe , nanti Anis pujuk umi .. hehe . "
Anis Fatihah membuka surat yang diterimanya tadi .
Assalamualaikum ukhti Anis Fatihah , ingat lagi tak kat ana ? AZ . Tahniah ye sebab dah habis SPM . Ana doakan anti dapat keputusan yang cemerlang , ana tahu anti salah seorang pelajar target sekolah . Ana rasa anti dah boleh tahu kot sapa ana sebenarnya . Sebenarnya ana Afiq Zakwan , ana form six . ana tak tahulah anti kenal ana ke tidak , tapi ana kenal anti n ana dah jatuh cinta kat anti . Mungkin lepas ni ana tak dapat nak jumpa anti lagi , tapi ana tahu rumah anti . Mungkin lagi 5 or 6 tahun nanti ana masuk meminang , kalau anti sudi , harap terima ya . Semoga kita ada jodoh. Ana ikhlas . Teruskan perjuangan n doakan ana untuk STPM yang dah dekat ni .
ikhlas dari Afiq Zakwan ^^
"Lah , Afiq Zakwan rupanya . " Anis Fatihah memang kenal dengan Afiq Zakwan . Afiq Zakwan memang terkenal dengan mukanya yang hensem , ramai sahabat-sahabat Anis Fatihah minat akan Afiq Zakwan . Afiq Zakwan juga mempunyai personaliti yang baik dan dikatakan 'alim' .
"Err , biar betul mamat ni nak masuk meminang aku lagi 5 or 6 tahun .. Tak caya aku , dia main-main je ni .. huhu . takpe-takpe , aku tengok .. malas lah aku nak fikir lagi . Baik aku fikir pasal cita-cita aku .
Usai solat asar , Anis Fatihah menadah tangan berdoa kepada Allah agar diberikan kejayaan , diberikan jodoh yang soleh , diberikan nikmat yang cukup , diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusannya . Tiba-tiba lagu Number One For Me nyanyian Maher Zain menjerit-jerit di telefon bimbit Anis Fatihah minta diangkat . Setelah membuka telekung , Anis Fatihah melihat telefon bimbitnya . Dia tersenyum melihat nama Sofia Insyirah tertera di skrin telefon bimbitnya .
"Assalamualaikum ya ukhti Sofia , baru tadi jumpa dah rindu ke ? hehe . " Anis Fatihah memang suka mengusik sahabatnya itu .
"Waalaikumussalam , aisyy .. Selalu perasan ea , ana kol ni sebab nak tanya sesuatu .. "
"Haha , tanya apa ? "
"Anti dapat surat lagi ea ? tadi ana nampak 'pak guard' bagi anti surat , dari AZ lagi ke ? citelah kat ana "
"Hmm , aah .. ana dah tahu dah sapa AZ tu .. "
"Yeke ? sapa AZ tu ? nak tahu jugakk ! "
"Afiq Zakwan yang form six tu , yang budak-budak perempuan kelas kita selalu cakap tu "
"Ha ? biar betul ? Tak sangka sey dia boleh tulis surat mcam tu kat anti .. yelahh , dia tu pendiam kot , nampak perempuan tunduk je . "
"Haha , tulah pasal . Dia siap kata nak masuk meminang lagi 3 atau 4 tahun .. haha , tak caya ana .. huh "
"Wah , masuk meminang .. Ececeh , suka lah tu Anis .. Err , ntah-ntah bukan dia yang tulis surat tu .. hmm , mustahil kot dia tulis .. Dia tu pemalu kot . "
"Ntahlah Sofiah , ana malass nak fikir .. Kalau betul Afiq Zakwan jodoh ana , Allah mesti akan tunjukkan jalan dan insyaAllah , ana terima je . "
"Hm , betul tu .. Takpelah Anis , takyah fikir dulu .. banyak lagi benda yang kita kena fikir , Ooh perjalanan kita , masih jauhhh ... Jalanan berliku bakal kita tempuhhh .. haha " Sempat Sofia Insyirah menyanyikan lagu Bingkisan Rindu dari kumpulan FarEast . "
"Sempat aja nyanyi kawan ana sorang ni .. Dahla Sofiah , nanti kita borak lagi ea .. Dah nak maghrib ni . Assalamualaikum , jaga diri n iman . " Anis Fatihah memang selalu berpesan begitu kepada sahabatnya .
"Haha , okay-okay . Waalaikumussalam , anti pun sama juga .. jaga iman tu .. hehe .. "
Anis Fatihah mematikan talian . Dia tersenyum sendirian selepas berbual dengan sahabat kesayangannya itu . Mereka memang sering bergurau senda dalam persahabatan mereka .
Afiq Zakwan menadah tangan berdoa kepada Illahi selepas bertahajjud kepada Allah . Dia memohon keampunan kepada Allah dan berdoa agar diberikan jodoh yang solehah seperti Anis Fatihah . Afiq Zakwan memang sudah jatuh hati kepada Anis Fatihah . Dia hanya menyimpan perasaannya dan hanya meluahkan kepada Allah sahaja . Sehinggalah suatu hari dia menceritakan kepada sahabat baiknya Rashid Haris . Rashid Haris yang menulis surat dan memberikan surat itu kepada Anis Fatihah .
Afiq Zakwan tidak mengetahui tentang hal itu . Rashid Haris memberitahu tentang surat yang diberikan kepada Anis Fatihah selepas habis peperiksaan STPM . Afiq Zakwan tidak mampu berkata apa-apa kerana surat itu telah pun diterima oleh Anis Fatihah . Dia hanya redha dan berusaha untuk mendapatkan Anis Fatihah suatu hari nanti .
Setahun kemudian ...
"Afiq , ana dengar cerita Anis Fatihah dah nak pergi Jordan . Dia sambung belajar kat sana 4 tahun . " Rashid Haris memberitahu Afiq Zakwan berita yang didengar olehnya .
"Biarlah dia , apa kena mengena dengan ana ? " Ana pun dah nak berangkat ke mesir tak lama lagi . Kalau ana dengan dia betul-betul ada jodoh , insyaAllah takkan kemana . " Afiq Zakwan hanya mampu berkata itu , dia juga akan melanjutkan pelajaran ke Mesir selama 3 tahun . "
"Afiq , ana harap anta masuk meminang dia ya lepas habis pengajian anta di Mesir .. Jangan buat dia tertunggu-tunggu . "
"InsyaAllah , Haris . Ana akan cuba untuk masuk meminang dia , tapi lepas ana dapat kerja kot . "
"Takpelah , janji jangan lebih dari 6 tahun .. hehe . "
"InsyaAllah , doakan ana "
Anis Fatihah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dengan keputusannya 11 A plus . Pihak sekolah dan ibu bapanya sangat bangga dengan Anis Fatihah . Anis Fatihah juga telah menyambung pengajiannya di Darul Quran dan telah menghafal 30 juzuk Al-quran . Anis Fatihah akan berangkat ke Jordan untuk menyambung pengajiannya dalam bidang lughah (bahasa arab) .
"Anis , macamana kalau Afiq Zakwan masuk meminang anti semasa anti belajar kat Jordan ? " Sofiah Insyirah bertanya kepada Anis Fatihah ketika sedang membantu sahabatnya mengemas barang untuk ke Jordan . Sofiah Insyirah sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan mengambil jurusan syariah undang-undang .
"Hm , malaslah nak fikir . Ntah betul ke tidak apa yang dia cakap dalam surat tu , ntah-ntah dia tak ingat langsung . Kalau betul jodoh ana dengan dia , mesti Allah tunjukkan jalannya nanti .. " Anis Fatihah menjawab dengan lembut .
"Hm , yelah cik Anis Fatihah ! . hehe . err , nanti kalau dah belajar kat sana jangan lupa pulak kat ana ni . "
"Alolo , mana ana boleh lupa sahabat ana yang paling comel ni . Ana takkan lupakan anti Sofiah . Nanti kita boleh skype , call .. Ala , macam-macam kemudahan ada sekarang ni kan ? hehe . "
"Hehe , alhamdulillah .. Err , ana comel ea ? haha "
"Hadehh , dah mulalah tu perasan .. haha .. macam-macamlah anti ni . Nanti sekali-sekala jenguklah mak dan ayah ana ea .. "
"InsyaAllah , ana dah anggap mak n ayah anti macam mak ayah ana sendiri . InsyaAllah , kalau ada kelapangan , ana jenguk mereka . "
"Hehe , terima kasih . Sayang anti kerana Allah ." Ucap Anis Fatihah dan memeluk sahabatnya itu .
"Sama-sama kasih . Sayang anti juga lillahitaala ! . " Balas Sofiah Insyirah dan membalas pelukan sahabatnya itu . Mereka berpelukan erat . Indahnya ukhuwah kerana Allah !
bersambung...
p/s : maaf kalau jalan cerita makin mengarut .. nanti part 3 akan disambung . insyaAllah .. May Allah bless ^^
Comments