Anis Fatihah (Part 2)

Bismillahirahmanirrahim , Assalamualaikum .. Salam Aidiladha ^^ Kullu am wa antum bikhair . ni sambungan Anis Fatihah part 2 .. Selamat membaca . Semoga ada manfaatnya .. =)


Setelah mengucapkan terima kasih kepada "pak guard" Anis Fatihah mempercepatkan langkah ke kereta ayahnya .

"Assalamualaikum ayah . "

"Waalaikumussalam , macamana exam yang terakhir hari ini ? okay ? "

"Alhamdulillah yah , sekarang ni Anis hanya mampu bertawakal menanti keputusan . Harap-harap Anis dapat keputusan yang cemerlang . "

"InsyaAllah , anak ayah kan pandai ." Kata Encik Hisyam kepada anak perempuannya itu sambil tersenyum . Encik Hisyam tahu anaknya memang sangat rajin berusaha , setiap hari Anis Fatihah pulang dari sekolah lewat dan dia akan mengulangkaji pelajaran pada setiap malam . Dia hanya mampu mendoakan kejayaan anaknya itu .

"Hehe , ayah ni ada-ada je tau . "

"Err , tadi ayah nampak Anis dapat surat . Surat apa tu ? surat cinta ea ? haha " Encik Hisyam bertanya tentang surat yang diberikan oleh "pak guard" kepada anaknya Anis Fatihah .

" Haa ? err , ntahlah ayah . Anis tak sukalah dapat surat-surat ni , huh " Anis Fatihah mengadu kepada ayahnya . Anis Fatihah memang sangat rapat dengan ayahnya . Encik Hisyam juga sangat menitikberatkan perihal anak-anaknya . Tambahan pula Anis Fatihah merupakan anak bongsu dalam keluarganya .

"Ayah tak kisah kalau ada orang minat pada anak ayah , tetapi gunakanlah cara yang betul . Jumpa ayah , boleh bincang . Lagipun Anis baru je habis SPM , perjalanan Anis masih panjang sayang . Anis kenal ke sapa yang bagi surat tu ? "

"Ayah , Anis pun tak nak  fikir benda-benda macamni lagi . Anis baru je habis SPM ,ANis tak kenal pun sapa yang bagi surat tu , "pak guard" tu kata form six , sapa ntah . Malas Anis nak fikir , buang masa je , huh . Anis nak kejar cita-cita Anis dulu yah , kalau boleh Anis nak sambung belajar kat Jordan . Boleh tak yah ? hehe "

"Haha , hal tu tanya umi Anis ye . Ayah tak kisah , umi Anis tu susah sikit . "

"Tulah , aisyy . Takpe-takpe , nanti Anis pujuk umi .. hehe . "



                                                      
Anis Fatihah membuka surat yang diterimanya tadi .


Assalamualaikum ukhti Anis Fatihah , ingat lagi tak kat ana ? AZ . Tahniah ye sebab dah habis SPM . Ana doakan anti dapat keputusan yang cemerlang , ana tahu anti salah seorang pelajar target sekolah . Ana rasa anti dah boleh tahu kot sapa ana sebenarnya . Sebenarnya ana Afiq Zakwan  , ana form six . ana tak tahulah anti kenal ana ke tidak , tapi ana kenal anti n ana dah jatuh cinta kat anti . Mungkin lepas ni ana tak dapat nak jumpa anti lagi , tapi ana tahu rumah anti . Mungkin lagi 5 or 6 tahun nanti ana masuk meminang , kalau anti sudi , harap terima ya . Semoga kita ada jodoh.  Ana ikhlas . Teruskan perjuangan n doakan ana untuk STPM yang dah dekat ni . 
ikhlas dari Afiq Zakwan ^^

"Lah , Afiq Zakwan rupanya . " Anis Fatihah memang kenal dengan Afiq Zakwan . Afiq Zakwan memang terkenal dengan mukanya yang hensem , ramai sahabat-sahabat Anis Fatihah minat akan Afiq Zakwan . Afiq Zakwan juga mempunyai personaliti yang baik dan dikatakan 'alim' .

"Err , biar betul mamat ni nak masuk meminang aku lagi 5 or 6 tahun .. Tak caya aku , dia main-main je ni .. huhu . takpe-takpe , aku tengok .. malas lah aku nak fikir lagi . Baik aku fikir pasal cita-cita aku .

Usai solat asar , Anis Fatihah menadah tangan berdoa kepada Allah agar diberikan kejayaan , diberikan jodoh yang soleh , diberikan nikmat yang cukup , diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusannya . Tiba-tiba lagu Number One For Me nyanyian Maher Zain menjerit-jerit di telefon bimbit Anis Fatihah minta diangkat . Setelah membuka telekung , Anis Fatihah melihat telefon bimbitnya . Dia tersenyum melihat nama Sofia Insyirah tertera di skrin telefon bimbitnya .

"Assalamualaikum ya ukhti Sofia , baru tadi jumpa dah rindu ke ? hehe . " Anis Fatihah memang suka mengusik sahabatnya itu . 

"Waalaikumussalam , aisyy .. Selalu perasan ea , ana kol ni sebab nak tanya sesuatu .. " 

"Haha , tanya apa ? "

"Anti dapat surat lagi ea ? tadi ana nampak 'pak guard' bagi anti surat , dari AZ lagi ke ? citelah kat ana "

"Hmm , aah .. ana dah tahu dah sapa AZ tu .. "

"Yeke ? sapa AZ tu ? nak tahu jugakk ! "

"Afiq Zakwan yang form six tu , yang budak-budak perempuan kelas kita selalu cakap tu "

"Ha ? biar betul ? Tak sangka sey dia boleh tulis surat mcam tu kat anti .. yelahh , dia tu pendiam kot , nampak perempuan tunduk je . "

"Haha , tulah pasal . Dia siap kata nak masuk meminang lagi 3 atau 4 tahun .. haha , tak caya ana .. huh "

"Wah , masuk meminang .. Ececeh , suka lah tu Anis .. Err , ntah-ntah bukan dia yang tulis surat tu .. hmm , mustahil kot dia tulis .. Dia tu pemalu kot . "

"Ntahlah Sofiah , ana malass nak fikir .. Kalau betul Afiq Zakwan jodoh ana , Allah mesti akan tunjukkan jalan dan insyaAllah , ana terima je . "

"Hm , betul tu .. Takpelah Anis , takyah fikir dulu .. banyak lagi benda yang kita kena fikir , Ooh perjalanan kita , masih jauhhh ... Jalanan berliku bakal kita tempuhhh .. haha " Sempat Sofia Insyirah menyanyikan lagu Bingkisan Rindu dari kumpulan FarEast . "

"Sempat aja nyanyi kawan ana sorang ni .. Dahla Sofiah , nanti kita borak lagi ea .. Dah nak maghrib ni . Assalamualaikum , jaga diri n iman . " Anis Fatihah memang selalu berpesan begitu kepada sahabatnya . 

"Haha , okay-okay . Waalaikumussalam , anti pun sama juga .. jaga iman tu .. hehe .. "

Anis Fatihah mematikan talian . Dia tersenyum sendirian selepas berbual dengan sahabat kesayangannya itu . Mereka memang sering bergurau senda dalam persahabatan mereka . 


                                                

Afiq Zakwan menadah tangan berdoa kepada Illahi selepas bertahajjud kepada Allah . Dia memohon keampunan kepada Allah dan berdoa agar diberikan jodoh yang solehah seperti Anis Fatihah . Afiq Zakwan memang sudah jatuh hati kepada Anis Fatihah . Dia hanya menyimpan perasaannya dan hanya meluahkan kepada Allah sahaja . Sehinggalah suatu hari dia menceritakan kepada sahabat baiknya Rashid Haris . Rashid Haris yang menulis surat dan memberikan surat itu kepada Anis Fatihah . 

Afiq Zakwan tidak mengetahui tentang hal itu . Rashid Haris memberitahu tentang surat yang diberikan kepada Anis Fatihah selepas habis peperiksaan STPM . Afiq Zakwan tidak mampu berkata apa-apa kerana surat itu telah pun diterima oleh Anis Fatihah . Dia hanya redha dan berusaha untuk mendapatkan Anis Fatihah suatu hari nanti . 

Setahun kemudian ...

"Afiq , ana dengar cerita Anis Fatihah dah nak pergi Jordan . Dia sambung belajar kat sana 4 tahun . " Rashid Haris memberitahu Afiq Zakwan berita yang didengar olehnya .

"Biarlah dia , apa kena mengena dengan ana ? " Ana pun dah nak berangkat ke mesir tak lama lagi . Kalau ana dengan dia betul-betul ada jodoh , insyaAllah takkan kemana . " Afiq Zakwan hanya mampu berkata itu , dia juga akan melanjutkan pelajaran ke Mesir selama 3 tahun . "

"Afiq , ana harap anta masuk meminang dia ya lepas habis pengajian anta di Mesir .. Jangan buat dia tertunggu-tunggu . "

"InsyaAllah , Haris . Ana akan cuba untuk masuk meminang dia , tapi lepas ana dapat kerja kot . "

"Takpelah , janji jangan lebih dari 6 tahun .. hehe . "

"InsyaAllah , doakan ana "

                                                             

Anis Fatihah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dengan keputusannya 11 A plus . Pihak sekolah dan ibu bapanya sangat bangga dengan Anis Fatihah . Anis Fatihah juga telah menyambung pengajiannya di Darul Quran dan telah menghafal 30 juzuk Al-quran . Anis Fatihah akan berangkat ke Jordan untuk menyambung pengajiannya dalam bidang lughah (bahasa arab) .

"Anis , macamana kalau Afiq Zakwan masuk meminang anti semasa anti belajar kat Jordan  ? " Sofiah Insyirah bertanya kepada Anis Fatihah ketika sedang membantu sahabatnya mengemas barang untuk ke Jordan . Sofiah Insyirah sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan mengambil jurusan syariah undang-undang .

"Hm , malaslah nak fikir . Ntah betul ke tidak apa yang dia cakap dalam surat tu , ntah-ntah dia tak ingat langsung . Kalau betul jodoh ana dengan dia , mesti Allah tunjukkan jalannya nanti .. " Anis Fatihah menjawab dengan lembut .

"Hm , yelah cik Anis Fatihah ! . hehe . err , nanti kalau dah belajar kat sana jangan lupa pulak kat ana ni . "

"Alolo , mana ana boleh lupa sahabat ana yang paling comel ni . Ana takkan lupakan anti Sofiah . Nanti kita boleh skype , call .. Ala , macam-macam kemudahan ada sekarang ni kan ? hehe . "

"Hehe , alhamdulillah .. Err , ana comel ea ? haha "

"Hadehh , dah mulalah tu perasan .. haha .. macam-macamlah anti ni . Nanti sekali-sekala jenguklah mak dan ayah ana ea .. "

"InsyaAllah , ana dah anggap mak n ayah anti macam mak ayah ana sendiri . InsyaAllah , kalau ada kelapangan , ana jenguk mereka . "

"Hehe , terima kasih . Sayang anti kerana Allah ." Ucap Anis Fatihah dan memeluk sahabatnya itu .

"Sama-sama kasih . Sayang anti juga lillahitaala ! . " Balas Sofiah Insyirah dan membalas pelukan sahabatnya itu . Mereka berpelukan erat . Indahnya ukhuwah kerana Allah !
                       


bersambung...


p/s : maaf kalau jalan cerita makin mengarut .. nanti part 3 akan disambung . insyaAllah .. May Allah bless ^^





Comments

tinta merah said…
sangat menarik..teruskan,cik raihanah...tajamkan lg mata pena anda...semoga berjaya!
alhamdulillah . =) syukrann .. insyaAllah .. aminn ^^
sangat menarik cerita ni . selalu tertunggu-tunggu sambungannya :-)
Allah , menarik ke ? alhamdulillah .. insyaAllah , nanti saya sambung .. terima kasih coz sudi baca .. may Allah bless you ;)
Anonymous said…
Raihanah, wahh best cerita nihh, teruskan aww. ana tunggu part3 pulak, ana tunggu

Popular posts from this blog

Awak, kenapa awak kahwin dengan saya???

Doa Seorang Hamba

Anis Fatihah (Part 1)