Bidadari dari Allah untukku. (cerpen)

Bismillahirrahmanirrahim..
Kaifa hal wa iman??
ana harap bertambah yup..
arini ana nak kongsi satu cerpen.
insyaallah bermanfaat..


Wanita itu sangat cantik dimataku, dialah sumber inspirasiku kini. Dia umpama bidadari yang turun ke langit yang dikirimkan oleh Allah kepadaku. Aku bersyukur Ya Allah, kerana kau kurniakan aku isteri yang solehah.
Setiap malam dia akan mengejutkan aku untuk tahajud dan bersujud padaMu Ya Allah. Sebelum aku kahwin dengannya, aku tidak pernah bangun di tengah malam untuk bersujud di hadapanMu.
Pada zaman remaja  aku jahil dalam agama. Aku solat pun sesuka hati, tidak pernah cukup lima waktu sehari. Tetapi selepas aku kahwin dengan Aishah, isteriku, Aku selalu solat dan bangun pada waktu malam untuk bertahajud padaMu.  

                                                     ****************
 “Saya tidak mahu kahwin dengan dia”. Dia terlalu baik ayah. Saya ini agama pun kurang. Macamana saya mahu bimbing dia kalau saya pun jahil dalam agama.” Aku menolak keputusan ayah dan ibu apabila aku diminta bernikah dengan Aishah. Aku disuruh bernikah dengannya kerana keluarga aku sudah banyak terhutang budi dengan keluarganya.  Ayah dan ibu juga  sangat berkenan pada Aishah disebabkan kesopanan dan kebaikan nya itu.

"Kamu boleh bimbing dia man , ayah percaya dengan kamu , kalau kamu rasa kamu kurang agama sebelum kahwin kamu boleh perbaikinya , mintak tunjuk ajar mana-mana ustaz di kampung ini, insyaAllah ."­  Ayah dan ibu aku sangat mengharapkan aku untuk menikahi gadis pilihan mereka. Aku tahu Siti Aishah Mohd Akmal itu baru menghabiskan pelajarannya di  Universiti of Yarmouk Jordan dalam bidang Syariah. Sedangkan aku, hanyalah pelajar lepasan  Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang bukan  agama. Aku solat pun tidak penuh lima waktu, nak kahwin dengan budak syariah. Huh..
Aku sedar aku tidak baik jika hendak dibandingkan dengan Aishah. Kerana aku teringat satu ayat quran yang aku pernah belajar di sekolah dulu.
'Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat'
Aku pun mestilah menjadi yang terbaik.



                                                      ****************


Saya terima nikahnya Siti Aishah bte Mohd Akmal dengan mas kahwin sebanyak RM40.00 tunai! .  kini aku sah menjadi suami kepada Aishah. Aku berasa tenang semasa dia mencium tanganku buat kali pertamanya. Dan ada sedikit getaran di hatiku saat aku mengucup dahinya. Ya Allah betulkah ini pilihanku. Perempuan ini sangat bersih wajahnya dan sangat tulus hatinya berbanding aku, hanya seorang hamba yang lemah.
Isteriku Aishah sangat baik akhlaknya. Dia sentiasa taat kepadaku, setiap malam mengejutku untuk bertahajud, mengejutkn aku solat subuh, menyuruh aku menjadi imam walaupun aku membaca surah yang pendek tetapi dia tidak kisah dengan semua itu. Dia sentiasa tersenyum walaupun aku membuat salah dan menegurku dengan baik.

 Pada awal perkahwinan sememangnya aku berasa ganjil apabila setiap malam aku membuat qiamulail. Aku merasa beruntung dapat isteri yang sudi menegur kesalahan aku, melayan aku dengan baik sekali biarpun dia penat membuat kerja-kerja rumah, menyiapkan segala kelengkapan harian aku dan menyediakan makananku.
Kini aku bersyukur kerana aku dikirimkan bidadari untuk aku menjadi yang lebih baik dan lebih bertanggungjawab. Terima kasih ya Allah.  Semoga aku dan isteriku akan memasuki syurgaMu ya Allah. Dan semoga kami akan bahagia selamanya dengan izinMu ya Rabb.



                                                    ****************

“Abang, kenapa mengelamun seorang diri ni?”Aishah meghampiri ku bersama perut yang besar. Alhamdulillah aku akan menjadi ayah tidak lama lagi. Aku mendekatkan kepalaku ke perut isteriku. “anak ayah ni apa khabar?” aku dan isteri hanya tersenyum. Aku bersyukur padamu ya Allah.

Aku berubah keranaMu ya Allah, dan kerana Aishah aku berubah.

                                                  

***************

                                                                -TAMAT-

p/s:  bersyukur lah jika kita dikirimkan bidadari ataupun bidadara untuk kita menjadi yang lebih baik. Sesungguhnya Allah adalah perancang hidup kita yang baik. Semoga kamu semua mendapat manfaat dan iktibar daripada cerpen ini. Dan penulis memohon maaf sekiranya cerpen ini tidak menarik kerana penulis ini hanya insan yang biasa dan seorang hamba yang lemah. Cerpen ini juga merupakan cerpen pertama daripada penulis ini. Dia sekadar ingin mencuba dan jika mendapat sambutan insyaAllah penulisannya akan diteruskan dengan izin Allah.. terima kasih juga kepada rakan-rakan penulis yang membantu terutamanya shafiqah.

-Raihanah-



Comments

Unknown said…
insyaAllah..boleh diperbaiki lagi :)
insyaAllah... syukran akk.. :)
walaupun pendek tp menarik....(^_^) teruskan usaha lg k...
syukran... saya akan cuba perbaiki dan panjangkn lagi kalau nak buat cerpen... insyaAllah...

Popular posts from this blog

Awak, kenapa awak kahwin dengan saya???

Doa Seorang Hamba

Anis Fatihah (Part 1)