Posts

Showing posts from April, 2011

Dia Jodohku

Image
Nurul memandang tepat wajah insan di hadapannya itu. Dia cuba mencari sebuah jawapan. Debaran di hati tidak hilang sedikit pun walaupun telah hampir semua pertanyaan dan persoalan telah dilontarkan. Ahh, mengapa mesti mengunci bibirmu. Keluarkan suaramu. Jawab pertanyaanku. Nurul memprotes di dalam hati. Insan di hadapannya itu hanya tersenyum. Dia mengangkat wajahnya. Nurul cepat-cepat berpaling ke arah lain. Bimbang matanya bertaut dengan mata si jejaka. “Mungkin Nurul jodoh saya,” jawabnya ringkas. “Itu sahaja jawapan saudara?” soal Nurul kerana tidak berpuas hati dengan jawapan seringkas itu. “Ya.” Nurul memandang temannya Aina yang sejak tadi membatukan diri. Lagaknya seperti ingin meminta pertolongan. Manalah tahu Aina ada apa-apa soalan yang boleh membuka mulut jejaka ini. Namun, Aina hanya tersenyum. Dia juga kaku berhadapan dengan keadaan ini. Nurul yang dikenalinya seperti berubah serta-merta dalam pertemuan ini. Tiada lagi senyuman manis, tiada lagi kata-kata yang penuh berh

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal

Image
Mak... Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih... Mak tau tak... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa... dan itu juga terakhir kalinya Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh... nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni... Mak macam dah sedia... Seminggu sebelum tu... Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu... Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih... Kakak pun rasa hairan... Mak tak penah buat gitu... Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak... Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ... Kengkadang siaran indonesia ... Mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan... Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih... Pastu mak jemur karpet-karpet. .. Pastu