Posts

Showing posts from 2017

Bahasa Arab Komunikasi ~

Bismillahirrahmanirrahim ,
Assalamualaikum wbt..

Saya nak share pasal kursus Bahasa Arab Komunikasi. Saya memang berminat subjek bahasa arab ini.  Bahasa Arab ialah merupakan bahasa Syurga, bahasa Alquran. Kami banyak belajar bagaimana hendak berkomunikasi dengan orang lain menggunakan bahasa arab. Semoga dengan adanya kursus ini, saya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam bahasa arab.

Sekian.  Terima kasih.

Pembangunan Sahsiah

Bismillahirrahmanirahim.
Assalamualaikum wbt.

Harini saya nk share sedikit pasal kursus lain yang saya ambil pada semester ini. di dalam kursus ini kami mendapat kutip banyak pengalaman. Antaranya kami perlu mengendalikan program outreach untuk membangungkan sahsiah orang lain. Sebagai bakal pendidik, memang penting kursus ini kerana dalam kursus ini kami dapat belajar menjadi bakal guru yang terbaik dan meningkatkan sahsiah diri kami.

Selain itu, kami juga perlu mengikuti Program Pembelajaran Eksperiental. Dalam program ini juga kami dapat mempelajari pelbagai perkara baru. Sebagai bakal pendidik yang akan mengajar bidang agama, memang penting kursus ini supaya kami dapat menjadi ustaz dan ustazah yang bersahsiah unggul.  inshaAllah....

Sekian,  terima kasih.

Kemahiran Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt..

Dalam post kali ini, saya ingin menceritakan lagi tentang kursus yang saya ikuti pada semester ini.. Kursus ini ialah subjek Kemahiran AL-Quran. di dalam kursus ini, kami eprlu menghafal setengah daripada juzuk 1 dalam Al-Quran , dan mestilah tasmik kepada Dr kami sebelum menduduki peperiksaan akhir semester ini. Selain itu, kami mempelajari tentang ilmu tajwid Al-Quran dengan lebih mendalam. banyak ilmu yang tidak kami ketahui, kami dapat dalam kursus ini.

Akhir sekali, saya harap kursus ini akan meningkatkan ilmu saya dalam bidang quran dan mampu mendidik generasi yang akan datang dengan ilmu yang saya ada.

Sekian, terima kasih...

IMAN DAN KEHIDUPAN

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt...

Saya nak kongsikan sedikit dan menceritakan tentang salah satu kursus yang saya ambil pada semester ini..

Kursus ini ialah Iman dan Kehidupan , kod kursus ialah HIA 3013.. 

Di dalam kursus ini kami banyak mempelajari tentang Iman, hakikat iman, beriman kepada Allah SWT, beriman kepada Malaikat, Beriman kepada Rasulullah, beriman kepada qada' dan qadar, dan beriman kepada hari akhirat. Kami juga belajar tentang tauhid yang berkaitan dengan sains. Ternyata memang banyak kaitan sains dengan agama kita. Selain itu, kami dapat lebih mendalami ilmu agama dan menambahkan ilmu pengetahuan tentang Iman di dalam kehidupan seorang muslim.

sekian saja untuk post kali ini. 

terima kasih...

I am UPSIAN , ISMPPI

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Seperti sedia maklum, saya sekarang melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Saya menyambung pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam). Program ini adalah dibawah Fakulti Sains Kemanusiaan dan bangunannya terletak di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Pada semester ini, saya mengambil sebanyak tujuh kursus iaitu Iman dan Kehidupan, Kemahiran Al-Quran, Bahasa Arab Komunikasi, Pembangunan Sahsiah, Falsafah dan Dasar , Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Pengurusan Kokurikulum. 

Saya berharap akan menjadi bakal graduan UPSI dan bakal pendidik yang terbaik kepada generasi yang akan datang.. inshaAllah...