Posts

Showing posts from November, 2011

Ujian allah..

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. arini ana nak kongsi sedikit pengisian, insyaAllah, bermanfaat.. :) Dulu, Apabila aku diuji, Seringkali aku mengeluh kerana ujian itu..  Dan aku juga sering mengatakan... Kenapa mesti aku? Kenapa mesti aku? Kenapa mesti aku? Aku tahu itu hanya bisikan syaitan, sedangkan aku tahu, ada yang lagi berat ujiannya.. Aku perlu memperbaiki diri ini.. Aku perlu mujahadah.. Ujian dari Allah menjadikan aku lebih dewasa.. Kini... Apabila aku diuji,  aku mencuba sedaya upaya untuk menerimanya dengan sepenuh hati, Kerna aku tahu Allah sayang kepadaku, Allah juga ingin menguji keimanan aku.. Maka aku perlu memberbaiki imanku.. Tepuk dada tanyalah iman, memang iman kata sihat,  tapi, hanya diri kita yang mengetahui betapa lemahnya iman kita, sebagai manusia yang lemah. Aku tahu allah inginkan perubahan yang lebih baik untuk diriku, Aku juga perlu mendidik dan mentarbiah hati ini. Dengan dorongan dan nasihat rakan-rakan dan orang-orang yan

Bersahabat kerana Allah

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Ana nk kongsikan satu cerita.. insyaAllah bermanfaat.. Terngiang-ngiang di telingaku apa yang dikatakan oleh ibu. 'Ayah dihantar ke Perak untuk bertugas di sana selama tiga tahun, kita pun kena pindah ke sana juga. Athirah pindah sekolah ya sayang.' Berita itu membuatkan aku terkejut. Ini bermakna aku akan berpisah dengan Auni,Izzah,Mawaddah dan semuanya.Ya Allah, aku tidak sanggup untuk berpisah dengan mereka.Keputusan itu tidak boleh ditolak. Keesokan harinya, aku terpaksa memberitahu Auni tentang berita aku akan pindah ke sekolah lain.Agak berat mulutku untuk memberitahunya.Kau kuatkanlah aku Ya Allah. Dengan berat hati, aku memberitahu Auni.'Auni, tahun depan kita dah tak sekolah kat sini.' Ayah kita kena pindah tempat kerja. Air mataku tidak dapat ku tahan. Begitu juga dengan Auni. Aku yakin ada hikmah yang tersirat di sebalik perpisahan ini. Aku redha.Jangan risau Auni, kita tidak akan lupakan awak.Kita masih boleh berjumpa, jik

CINTA...

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. arini ana nak cerita sikit pasal CINTA.. InsyAllah bermanfaat.. Cinta.. Ada apa dengan CINTA... Cinta selalu hadir dalam hidup kita.. Cinta   hadir, tanpa ada yang menjemput.. Cinta  datang, membahawa cahaya kepada setiap insan.. Menggembirakan hati ini.. Cinta kepada manusia membuatkan kita jadi buta.. Buta kepada cinta Allah.. Kerana Cinta juga kita menjauhkan diri dari kekasih kita yang SATU..' Cinta manusia, tidak semestinya dia jodoh kita.. Ia juga tidak semestinya diredhai Allah... Pabila cinta menguasai diri kita, ia akan menjadikan kita melupakan Allah.. Hanya orang yang pandai menguruskan cintanya kerana Allah.. Dan jika cinta itu hilang, ia akan membuatkan kita merana.. Orang yang bercinta kerana Allah, Dia akan menerimanya dengan redha.. Dan mengatakan semua itu akan ada hikmahnya.. Janganlah kita menangis kerana CINTA.. Tapi, menangislah kerana ALLAH.. Ingatlah wahai muslimin dan muslimat.. jika CINTA

Berpisah kerana Allah

Image
Bismillahirrahmanirrahim... hayatilah kata-kata di bawah ini.. moga bermanfaat.. Aku termenung sendirian tatkala mengenangkan diri ini.. Aku tahu Allah sedang menguji aku, hambanya yang sangat lemah.. Aku diuji dengan pelbagai penyakit yang menyukarkan aku mebuat pekerjaan. Pekerjaanku tergendala disebabkan penyakit yang ada pada diri ini.. Namun aku redha, kerana aku tahu Allah sangat sayang kepadaku.. Dia tahu apa yang terbaik untukku.. Di saat aku jatuh ke bawah, dan berpisah dengan rakan-rakan kesayanganku, Aku tahu Dia sentiasa ada denganku.. Walaupun rakan-rakanku tidak lagi bersamaku di sisi. Aku tetap mengingati mereka.. Sahabat, janganlah kau melupakan aku, walaupun kau jauh di mata, tapi kau selalu berada di hatiku.. Di saat aku mengetahui bahawa kita akan berpisah, Aku cuba tersenyum dan bergelak ketawa denganmu , walaupun di dalam hati ini, Meraung, menangis dan terasa sangat pedih untuk meninggalkan dirimu wahai sahabat. Namun apakan daya.. Takdir telah menentukan ke

Ketentuan Illahi.(cerpen)

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. asyik update je kan? xpelah.. kongsi ilmu ape salahnya kan.. heee~ arini ana nak kongsi kan satu cerpen.. insyAllah bermanfaat.. alhamdulillah ia nya datang dari qalbu ana sendiri.. Aku duduk seorang diri di tepi tasik di Darul quran tempatku menjadi ustazah pada masa ini. Aku bersyukur kerna aku dipilih untuk menjadi hafizah di bumi ini dan cita-citaku tercapai. Walaupun pada mulanya aku merasakan diri ku tidak mampu untuk menghafal Al-quran. Tetapi dengan sokongan ahli keluarga, sahabiah akhirnya aku kuatkan hati, kuatkan diri untuk menjadi hafizah. Di waktu aku bersekolah rendah, aku teringin sangat-sangat hendak menjadi  ustazah ataupun pensyarah. Pada waktu itu sememangnya aku tidak matang dari segi pemikiran tentang ,masa hadapan. Aku semakin tertarik untuk menjadi ustazah, apabila melihat abangku, menjadi ustaz dan kakakku menjadi ustazah.  ***************** Masuk sahaja di alam remaja, aku memilih sekolah arab bantuan kerajaan sebagai t

Jauhkan Rindu

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Tadi ana bace artikel2 di iluvislam n ana jumpa satu artikel agk menarik tajuknya.. ana bca n nak kongsikan kat blog.. bce ye... insyaAllah ade manfaatnya.. Bila rindu kembali menjengah, Menyusup datang melalui sekeping gambar,                                     Begitu terasa bibirku bergetar, Begitu terasa kakiku makin longlai. Ku lihat pada jari-jemariku, Menggigil dalam bahang tengah hari, Ku sentuh pada bibirku, kering mengelupas, Ku letakkan tangan pada dadaku, Degupannya menjadi deras. Ku lihat wajahku dalam refleksi, Warnanya pucat membiru, Tiada kilauan dalam mata, Tiada cahaya pada wajah. Hanya kelesuan jelas kelihatan. Yang lain menggelar rasa ini 'cinta', Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta', Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' , kerana rindu ini rindu yang memusnahkan, Rindu ini rindu yang mencemarkan, Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku, Kerana rindu ini boleh mengundang dosa. Dahulu,

Bidadari dari Allah untukku. (cerpen)

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Kaifa hal wa iman?? ana harap bertambah yup.. arini ana nak kongsi satu cerpen. insyaallah bermanfaat.. Wanita itu sangat cantik dimataku, dialah sumber inspirasiku kini. Dia umpama bidadari yang turun ke langit yang dikirimkan oleh Allah kepadaku. Aku bersyukur Ya Allah, kerana kau kurniakan aku isteri yang solehah. Setiap malam dia akan mengejutkan aku untuk tahajud dan bersujud padaMu Ya Allah. Sebelum aku kahwin dengannya, aku tidak pernah bangun di tengah malam untuk bersujud di hadapanMu. Pada zaman remaja  aku jahil dalam agama. Aku solat pun sesuka hati, tidak pernah cukup lima waktu sehari. Tetapi selepas aku kahwin dengan Aishah, isteriku, Aku selalu solat dan bangun pada waktu malam untuk bertahajud padaMu.                                                        ****************  “Saya tidak mahu kahwin dengan dia”. Dia terlalu baik ayah. Saya ini agama pun kurang. Macamana saya mahu bimbing dia kalau saya pun jahil dalam agama.” Aku menolak kepu