Ketentuan Illahi.(cerpen)

Bismillahirrahmanirrahim..
asyik update je kan?
xpelah.. kongsi ilmu ape salahnya kan.. heee~
arini ana nak kongsi kan satu cerpen.. insyAllah bermanfaat..
alhamdulillah ia nya datang dari qalbu ana sendiri..


Aku duduk seorang diri di tepi tasik di Darul quran tempatku menjadi ustazah pada masa ini. Aku bersyukur kerna aku dipilih untuk menjadi hafizah di bumi ini dan cita-citaku tercapai. Walaupun pada mulanya aku merasakan diri ku tidak mampu untuk menghafal Al-quran. Tetapi dengan sokongan ahli keluarga, sahabiah akhirnya aku kuatkan hati, kuatkan diri untuk menjadi hafizah.


Di waktu aku bersekolah rendah, aku teringin sangat-sangat hendak menjadi  ustazah ataupun pensyarah. Pada waktu itu sememangnya aku tidak matang dari segi pemikiran tentang ,masa hadapan. Aku semakin tertarik untuk menjadi ustazah, apabila melihat abangku, menjadi ustaz dan kakakku menjadi ustazah. 




*****************
Masuk sahaja di alam remaja, aku memilih sekolah arab bantuan kerajaan sebagai tempatku meneruskan pencarian ilmu. Di situ, aku mempelajari matapelajaran Diniah, iaitu, nahu saraf, insya', mutolaah, tauhid, feqah, sirah, al-quran, hadis, tafsir dan banyak lagi yang tidak dipelajari oleh pelajar sekolah biasa.


Di sekolah menengah itulah, aku merasakan diri ini mampu untuk mempelajari bidang bahasa arab bukan bidang akademik. Kerana aku sangat lemah dalam matapelajaran akademik.  Pada waktu itu juga seorang daripada adik beradik ku, belajar di universiti dan mengambil bidang lughah/bahasa arab. Melihat dirinya, aku semakin minat untuk mempelajari bahasa arab dengan lebih mendalam.


Pada suatu hari, ibuku ade mengatakan bahawa dia teringin sangat melihat seorang daripada anaknya menjadi hafiz ataupun hafizah. Hanya aku harapan ibu dan ayahku kerana kesemua adik beradikku sudah berkahwin dan habis belajar. Hanya aku yang sedang belajar di sekolah menengah."Izzah, nanti dah habis sekolah masuk Darul quran nak tak?" Soalan itu membuatkan aku terkejut, kerana aku tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang hafizah. Bukan sebarang orang boleh jadi hafizah, ia memerlukan orang yang kuat ingatan dan hati yang kuat. "Ibu suruh Izzah masuk situ?? jadi hafizah?? mampu ke izzah bu, izzah nak hafal 10 hadis pun susah,ni ibu nak suruh izzah hafal satu al-quran tu?" Aku berasa serba salah kerana bercakap begitu dengan ibuku. Tapi dalam masa yang sama aku tidak mahu putuskan harapan ibuku.


"Jangan cakap macam tu sayang, kalau kita buat sesuatu dengan niat, hati yang kuat, bersungguh dalam sesuatu perkara, insyaAllah, akan dipermudahkan. Ini belum apa-apa lagi dah cakap tak mampulah, apalah." Ibu cakap awal-awal ni, sebab ibu nak Izzah fikir dulu, bukannya senang nak masuk Darul Quran tu. Kalau nak masuk situ, spm mesti ada 5 ataupun 6A dalam tangan dan semua matapelajaran mesti kredit. ingat tu" . Betul juga apa yang dikatakan oleh ibu. Aku baru 15 tahun. masih panjang lagi perjalananku ini. 


"Terima kasih ibu. insyaAllah. Izzah akan fikir betul-betul. Kalau boleh Izzah nak tunaikan harapan ibu dan ayah. Ya Allah, kuatkanlah aku, mudahkanlah segala urusanku. Kalau benar lah takdirku menjadi seorang hafizah, Kau bukakanlah hati ini. Dan jika tidak, Kau tunjukkanlah jalan untuk kehidupanku.
 
                                                       **************
Keesokan harinya, di sekolah aku bertanya pendapat sahabat baikku, Hanisah. Dia bagi aku beberapa nasihat. "Kalau betul anti nak jadi Hafizah, minta pada Allah supaya kuatkan hati anti, kalau betul itu jalan hidup anti, tunjukkan jalan, bukakan hati anti. Ana rasa buat masa ini, anti jangan fikirkan sangat perkara ni, perjalanan kita masih panjang, PMR lgi dua bulan. tahun depan SMA, lepas itu SPM pula. Keputusan Spm menentukan arah kita akan ke mana. Pada waktu itu, anti fikirlah betul-betul ara tuju hidup anti. Kalau perlu buat istikharah minta petunjuk Allah."


Aku sangat terkesan dengan kata-kata Hanisah itu, Aku bersyukur sangat dapat sahabat yang baik sepertinya. Huh... betul kata Nisa, perjalanan aku masih panjang, PMR lgi dua bulan. 


                                                      ****************
Tiga bulan lagi SPM. Aku mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh. PMR aku hanya 6A 2B 1C. Memang aku banyak main-main semasa PMR dulu, tpi alhamdulillah SMA aku dpt 8 Mumtaz. itulah kelebihanku, pandai dalam pelajaran diniah walaupun lemah dalam akademik. Kau mesti boleh Izzah. insyaAllah. Fighting.


Aku berusaha dengan bersungguh-sungguh dan keputusan SPM, aku mendapat 6A dan semuanya lulus.
Alhamdulillah, berkat usahaku, doa ibu dan ayah yang mengiringiku, doa ahli keluarga yang lain dan rakan-rakanku.


Ke manakah arah tuju aku? Aku buntu. Aku mendapat dua tawaran iaitu tawaran ke Darul Quran dan STAM. Tapi, ibu suruh masuk Darul Quran. Akhirnya dengan sokongan ibu dan ayh, adik-beradik, rakan-rakan terutamanya Hanisah, dan guru-guru, aku memilih untuk memasuki Darul Quran. Aku juga ada membuat istikharah. Dengan ikstikharah aku mendapat petunjuk Allah. Itulah dugaan aku untuk mencari ilmu di bumi Allah ini.


Dalam masa yang sama, aku teringin sangat-sangar hendak menyambung pelajaran di luar negara, antara Jordan dan Mesir. Tetapi ibu dan kakak-kakakku melarang, kerana kata mereka, tidak digalakkan akhawat pergi ke sana, orang arab di sana agak jahat. Aku tahu mereka risaukan aku. Dua orang abangku pernah belajar di Mesir. Yang perempuan semuanya di dalam Malaysia sahaja. Tidak mengapalah, aku tutup niatku untuk ke sana.





                                                     **************
Di darul quran, aku merasa gembira, kerana ramai sahabatku dari maahad belajar di situ, antaranya, Auni, Iffah, Maisarah. Mereka rapat juga dengan aku semasa di Maahad dulu. Hanisah menyambungkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Aku rindu sangat kepadanya. Dulu jika aku ada masalah, dia yang memberi aku nasihat. Nanti aku akan jumpa juga dengan dia.


Kini sudah tahun akhir aku di Darul Quran. Aku berumur 20 tahun. Ada lagi dugaan yang perlu aku hadapi apabila ade seorang ustaz muda ingin menyunting aku melalui seorang ustaz di sana.
Aku agak terkejut juga apabila isteri ustaz Afiq yang mengajar di situ juga, mengatakan hasrat ustaz muda yang bernama Ashraf Aiman untuk menyunting aku. Aku kenal pemuda itu, die ustaz yang baru setahun menjadi pendidik di situ. Mengapa mesti aku yang dipilihnya? Apakah aku sudah menjadi fitnah? Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah.


Menurut Ustazah Hayati, isteri kepada ustaz Afiq, ustaz Ashraf Aiman baik orangnya, selalu tundukkan pandangan, dan dia suka kan aku bukan kerana paras rupaku, tetapi agamaku.
Hati aku berbelah bahagi. Perlukah aku istikharah? jawapannya hanyalah istikharah.


                                                  *****************
Aku bertanya pendapat Hanisah pada cuti semester yang lalu, dia nasihatkan aku supaya istikharah, minta pendapat ibu bapa, dan ahli keluarga yang lain. Dia juga ada nasihatkan aku supaya tidak tersalah memilih pasangan. Ustaz Ashraf Aiman ingin bertunang denganku hanya  2 bulan dan nikah. Perbezaan umur kami hanyalah lima tahun jauhnya.


Ustaz Ashraf Aiman, benarkah ustaz itu bakal menjadi pemimpin dalam keluargaku, bakal menjadi imam solatku dan akan hidup bersamaku. Ya, aku dah dapat jawapannya. Dialah bakal menjadi pemandu cintaku. Dia juga sudah berjumpa dengan ibu dan ayahku. alhamdulillah kami sudah bertunang, kami tidak pernah berhubung dan bertemu, melainkan urusan antara pelajar dan ustaznya. Jika hendak membincangkan tentang perkahwinan, kami akan menggunakan orang tengah iaitu Ustaz Afiq dan Ustazah Hayati.




                                                   ***************
Alhamdulillah, aku dan suamiku, Ustaz Ashraf Aiman. Kami sudah diijabkabulkan dan dia sudah sah menjadi suamiku kini. Alhamdulillah aku diberi suami yang baik dan soleh.Dia juga mengizinkan aku untuk menyambung pelajaran di Kolej Universiti Insaniah, tempat kakakku belajar dahulu.  Kini,cita-cita aku juga semua nya tercapai. Kini aku menjadi seorang pensyarah di Darul Quran. Syukur padaMu Ya Allah. Inilah perjalanan hidupku yang penuh berliku,tetapi aku telah mengharungi semua itu. Alhamdulillah.


p/s: janganlah berputus asa walaupun diberi dugaan yang besar.. terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu dalam menyiapkan cerpen ini. Terutamanya, ShafiqahAsyiqin,Ayu Raihanah, AmirahMira SyuAishah, dan k.Ai Sya  Moga bermanfaat cerpen ini.








-Ana Raihanah-


Fastabiqul khairot...
                                                       

Comments

Popular posts from this blog

Awak, kenapa awak kahwin dengan saya???

Doa Seorang Hamba

Anis Fatihah (Part 2)