Doa Seorang Hamba

Bismillahirrahmanirrahim..
hayatilah kata-kata di bawah ini ya..
insyaAllah bermanfaat kepda semua..
wallahualam...
                               


Di keheningan malam yang sepi,
Aku duduk bersendirian menghadapMu,
Walaupun pada ketika ini aku merasa kesakitan yang teramat...
Aku tahu, Engkau sedang menguji ku Ya Allah..
Di saat inilah aku mengenang segala dosa-dosaku padaMu Ya Allah..
Aku juga memuhasabah diri ini..


Ya Allah, dugaan apakah ini??
Seringkali aku tertanya, mengapa mesti aku??


Kini aku sedar, di sebalik dugaan itu, tersirat hikmahnya..
Ya Allah, Kau kuatkanlah hati ini, Kau tabahkanlah hati ini..
untuk aku menempuhi dugaan ini dan segala dugaan yang mendatang..
Aku tahu kau beri aku dugaan ini kerana Kau teramat cintakan hambamu ini..


Ya Allah, seringkali aku mencari cintaMu,
tetapi ia datang sekejap dan mengaburi hidupku..
Mengapakah ini yang terjadi Ya Allah...
Ini lah yang dinamakan DUGAAN...   



Ya Allah, aku tahu bahawa Kau amat mencintai diri ini dan semua hambamu,
tetapi mengapakah diri ini seakan sukar untuk mencintaiMu...


Ya Allah, aku tahu bahawa Kau sentiasa dekat denganku,
selalu berada di sampingku,
selalu membantuku ketika aku susah...


Tetapi aku??
Mengapa aku selalu melupakanMu ketika aku senang,
Dan ketika aku susah, Di saat itu baru aku tercari-cari..
Ya Allah Kau bantulah aku...
di saat itu baru aku berdoa padaMu...
Mengapakah ini yang terjadi Ya Allah??


Ya Allah...
aku tahu bahawa Kau tidak pernah menguji hambaMu
melampaui batas...
Kau hanya menguji hambamu apa yang termampu oleh mereka..


Ya Allah...
aku bersyukur di atas segala dugaan yang Engkau beri padaku..
dengan dugaan ini..
membuatkan aku lebih mengingati dan mentaatiMu ya Allah..
Alhamdulillah Ya Allah..


Ya Allah..
Kau ampunilah segala dosaku, dosa hamba-hambaMu...
Aku tahu tidak ada manusia di dunia ini sempurna dan pasti melakukan 
kesilapan...
Oleh itu, Kau ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah..


Di saat inilah hatiku terasa amat tenang selepas meluahkan perasaan dan
berbicara denganMu, Ya Allah..
Dan aku juga tahu bahawa Engkau selalu ada disisiku...


Ya Allah...
Kau berilah aku kekuatan untuk menempuhi segala dugaan yang akan mendatang..


alhamdulillah...
bersyukurlah di atas segala dugaan Allah..
dia tidak akan menguji hambanya perkara yang melampaui batas..
dan kita mestilah ingat bahawa Allah itu sentiasa dekat, 
dan teramat dekat dengan kita....
wallahualam bissawab...





hasil nukilan..
-Raihanah Abd Latif-

Comments

ermmm... terima kasih... ilham dtg dri Allah.. alhamdulillah..:)
Siti Aishah said…
kite org pertama bce kan :)
ermm... ye kot aishah...
hehehehe... :P

Popular posts from this blog

Awak, kenapa awak kahwin dengan saya???

Luahan seorang hamba yang lemah..

Bidadari dari Allah untukku. (cerpen)