CINTA...

Bismillahirrahmanirrahim..
arini ana nak cerita sikit pasal CINTA..
InsyAllah bermanfaat..


Cinta..
Ada apa dengan CINTA...




Cinta selalu hadir dalam hidup kita..
Cinta hadir, tanpa ada yang menjemput..
Cinta  datang, membahawa cahaya kepada setiap insan..
Menggembirakan hati ini..
Cinta kepada manusia membuatkan kita jadi buta..
Buta kepada cinta Allah..
Kerana Cinta juga kita menjauhkan diri dari kekasih kita yang SATU..'






Cinta manusia, tidak semestinya dia jodoh kita..
Ia juga tidak semestinya diredhai Allah...


Pabila cinta menguasai diri kita,
ia akan menjadikan kita melupakan Allah..
Hanya orang yang pandai menguruskan cintanya kerana Allah..


Dan jika cinta itu hilang, ia akan membuatkan kita merana..
Orang yang bercinta kerana Allah,
Dia akan menerimanya dengan redha..
Dan mengatakan semua itu akan ada hikmahnya..
Janganlah kita menangis kerana CINTA..
Tapi, menangislah kerana ALLAH..


Ingatlah wahai muslimin dan muslimat..
jika CINTA hadir kepadamu,
Jagalah perasaan itu dengan sebaiknya,
Jangnlah terlalu mengikut nafsu,
Aku juga mengingatkn diri ini yang selalu lalai..
Sesungguhnya kita adalah hambaNya yang lemah...



Ya Allah, Kau lindungilah diri ini daripada memiliki cinta yang tidak sepatutnya..
Aku tahu hanya Engkau yang patut dicintai..
Jika aku jatuh cinta, 
Kau kuatkanlah imanku,
Agar aku tidak menjadi hamba yang melupakanMu,
Aku ingin selalu dekatkan diri ini Ya Allah..


Ya Allah, jika benar si dia yang aku cintai keranaMu itu jodohku,
Kau tetapkanlah hatiku dengan hatinya,
Kau jadikanlah dirinya insan yang mencintaiMu, mentaatiMu..
Kau berikanlah petunjuk kepadaku dan dirinya..


Ya Allah, kau kuatkanlah hati hamba-hambaMu jika kami diuji dengan CINTA..
Agar kami tidak terpesong di landasan CINTA yang salah..
\



Wahai muslimin dan muslimat,


Kita mestilah selalu memuhasabah diri kita, menjaga diri kita pabila diri kita diuji dengan CINTA yang hadir, selalulah refresh imanrefresh hati, dan tepuk dada tanya iman, Apa khabar iman kita? hanya diri kita yang tahu iman kita naik atau turun..


Yang paling penting kita mestilah menjadikan CINTA Allah cinta yang utama..
Selepas itu Cinta Rasul dan cinta kepada Ibu Bapa..


Ana hanya berkongsi apa yang ana tahu, tidak semestinya ana manusia yang sempurna, tidak pernah diuji dengan CINTA.. Tiada manusia yang sempurna, Kerana kita hanyalah Hamba Alllah yang lemah..




p/s:

  • Cintailah Allah kerana Allah sangat mencintai Hambanya dan janganlah kita menduakan Allah..
  • Kalau ada yang salah sila tegur ya..
  • Semoga bermanfaat post ini.. insyaAllah..
  • May Allah bless you..
-Ana Raihanah-




Comments

Popular posts from this blog

Awak, kenapa awak kahwin dengan saya???

Doa Seorang Hamba

Anis Fatihah (Part 2)