Posts

Showing posts from 2012

Anis Fatihah (Part 2)

Image
Bismillahirahmanirrahim , Assalamualaikum .. Salam Aidiladha ^^ Kullu am wa antum bikhair . ni sambungan Anis Fatihah part 2 .. Selamat membaca . Semoga ada manfaatnya .. =) Setelah mengucapkan terima kasih kepada " pak guard"  Anis Fatihah mempercepatkan langkah ke kereta ayahnya . "Assalamualaikum ayah . " "Waalaikumussalam , macamana exam yang terakhir hari ini ? okay ? " "Alhamdulillah yah , sekarang ni Anis hanya mampu bertawakal menanti keputusan . Harap-harap Anis dapat keputusan yang cemerlang . " "InsyaAllah , anak ayah kan pandai ." Kata Encik Hisyam kepada anak perempuannya itu sambil tersenyum .  Encik Hisyam tahu anaknya memang sangat rajin berusaha , setiap hari Anis Fatihah pulang dari sekolah lewat dan dia akan mengulangkaji pelajaran pada setiap malam . Dia hanya mampu mendoakan kejayaan anaknya itu . "Hehe , ayah ni ada-ada je tau . " "Err , tadi ayah nampak Anis dapat surat . Surat ap

Anis Fatihah (Part 1)

Image
Bismillahirrahmanirrahim , Assalamualaikum .. Apa khabar semua ? iman sihat ? harap sihatlah ye . alhamdulillah , habis juga peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) . Hanya mampu bertawakal je menanti keputusan . Blog ni pun dah lama tak berupdate . Alhamdulillah , ana ada buat satu cerpen .. tapi baru part 1 . harap kalian sudi membaca walaupun tidak menarik dan agak mengarut . *cakap macam ramai je yang baca . huhu ..  Anis Fatihah membuka surat yang dijumpainya di dalam laci mejanya di dalam kelas . Bukan pertama kali Anis Fatihah menerima surat-surat daripada lelaki , tetapi surat kali ini agak berbeza dari surat-surat yang pernah diterimanya dulu . Isinya agak lain dari surat sebelum ini . Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum ya ukhti Anis Fatihah . Ana sebenarnya dah lama jatuh hati dengan anti , ana suka dengan peribadi anti .  seriously ana cintakan anti kerana Allah . Buat masa ni anti tak payahlah tahu tentang diri ana . Ana harap anti makan coklat ya

Jodoh itu Takdir Illahi

Image
Bismillahirrahmanirrahim,  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Alhamdulillah, dapat jugak ana update blog ni.. apa khabar semua? iman macamana? hee.. semoga sihat yup.. Dah lama tak update kan? huhu, busy lah katakan. hee..  banyak masa tersekat.. huh. Jemput baca ye cerpen ni.. kalau tersalah eja ke, tak paham ke, tanya ye.. silakan baca ye.. * haissh, cakap macam ramai sangat yang bace.. huhu* Uzma Yusra 'log in' akaun mukabuku nya, sudah hampir dua minggu dia tidak memasuki laman mukabuku nya. umi dan abinya tidak membenarkannya membuka laptopnya kerana dia sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun di sekolah, dia harus mendapat keputusan yang cemerlang.  Tambahan pula dia bakal menduduki peperiksaan besar iaitu PMR. Sebaik sahaja laman mukabuku terpampang di skrin laptop Uzma Yusra, dia lihat banyak 'notification'. Mungkin dia sudah lama tidak 'online'. Dia lihat mesej dari seseorang. Ayyad Farish, seorang lelaki yang dikenali me

Surat untuk sahabat

Image
Bismillahirrahmanirrahim assalamualaikum, apa khabar semua? iman sehat? huh, lama sangat tak update blog ni, busy memanjang.. heee doa2kanlah semoga candidate PMR tahun ni dapat kejayaan yang cemerlang.. insyaAllah.. klah, bce ea post ni, smoga ade manfaatnya.. insyaAllah.. may Allah bless you all.. =) Wahai temanku yang selalu aku rindui dan sayangi kerana Allah.. Aku tak tahu bagaimana mahu mulakan kalamku ini, Tapi aku nak kau tahu yang aku rinduuu sangat dekat sahabat aku yang aku cinta sangat-sangat ni.. First sekali, aku nak ucap jutaan syukran sangat-sangat kat kau sebab sudi jadi kawan aku selama ini, Walaupun kau penat layan kerenah aku yang suka menyusahkan orang ni,  tapi kau tak jemu kawan dengan aku.. Aku terharu sangat-sangat.. Secondly, Sekarang ni kita dah tak selalu bersam-sama macam dulu lagi, Aku ingat lagi masa mula-mula kita tak sama kelas,  Aku macam kelu nak cakap dengan kau, macam malu nak cakap dengan kau, walhal, hari-hari jumpa