Posts

Showing posts from June, 2011

Kerana Ukhuwwah Itu Indah..

Image
Assalamualaikum...kaifa imanukum? wa kaifa halukum? ana harap semua bertambah baik...hari ni ana nak kongsi  satu cerpen yg ana jumpe di iluvislam....ana harap antum sudi membace cerpen ini...moge ade manfaat dan iktibarnye...insyaAllah...wasalam... Menyedari dirinya sudah terlambat untuk ke kelas Physiology, Qistina berlari-lari anak tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain yang sedang memerhatikan kegopohannya itu. “Tak kisahlah apa orang nak kata yang penting aku cepat sampai ke kelas Profesor Azlan. Kalau lambat setakat lima minit takpe lagi sekurang-kurangnya aku tak dihalau keluar kelas kerana lambat.” Qistina memujuk hati. “Hai Qistina. Awal kamu masuk kelas saya hari ini ye?.” Seperti yang dijangka Qistina, Profesor Azlan pasti menegurnya. “Sorry Prof.” Qistina melontarkan senyuman kelat sambil mencari-cari tempat kosong. "Hey Qis! Apasal kau lambat hari ini? Tak pernah-pernah kau lambat. Pelik juga aku.” Gadis tinggi lampai dan berkulit kuning langsat menyapa Qistina y

Calon Solehah (cerpen)

Image
Assalamualaikum, kaifa imanukum?? ana harap bertambah baik..insyaAllah...hari ni ana kongsi satu cerpen yang diambil  dari article  laman web iluvislam .....ana harap antum sudi membaca article ini...n berharap agar antum dpt setitis ilmu dan iktibar daripada article ini..wallahualam bissawab...wasalam.... Hafiz berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang. Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit mal

Assalamualaikum...

Image
Assalamu'alaikum... Wahai sahabat² seagama denganku… Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....       3 Minit je, tak lama pun.. ............ Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik

Couple Itu HARAM????

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum...kaifa halukum....ana harap antum semua sihat walafiat....skarg ni  kalo diperhatikan banyak remaja yang hanyut dalam 'bercouple'...sebenarnya couple tu haram ...kalo nak bercinta boleh tapi hendaklah cinta kerana Allah.....hari ni ana nak kongsi sket tentang haram nya couple...dan tentang zina hati...article ini diambil  iluvislam  ...ana harap para remaja sudi membace article ini..semoga antum dapat iktibar...insyaAllah...Wasalam... Bism illahirrahmanirrahim..  Dapatkan Mesej Bergambar di Sini   EPISOD 1 "Pehh..cun siot !" , kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika. " Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye" , kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm). "Huiyyo.. (terkesima)" , tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutny

Coretan Untuk Bakal Isteri...

Image
Assalamualaikum, kaifa imanukum? ari ni ana nak konsi cerita yang ana jumpa di article iluvislam.... ana suke sgt dengan post ini...moga antum dpt ambil iktibar daripada coretan khas yang diambil dari article iluvislam ini...asif...minta diri dulu...wasalam... Assalamualaikum wrt. wbt. Untukmu, Bakal isteriku.. Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku." Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan d

Satu Cinta

Image
Assalamalaikum...kaifa halukum?? ana bikhair....hari ni ana nak kongsi tentang lagu sat cinta yg dinyanyikan oleh starfive hayatilah lagu yg diatas ini..liriknya ada dibawah...semoga antm dpt iktibar daripada lagu ini..insyaAllah..wasssalam.... Sentiasalah mengingati Allah dalam setiap saat kita berada di dunia ini, berusahalah mencari satu cinta, iaitu cinta Allah. Ingatlah, hanya cinta Allah yang mampu memberi ketenangan kepada kita, insyaAllah. Selamat menghayati lirik satu cinta ini dan semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada lirik ini. ------------------------*****------------------------ Ku memohon dalam sujudku padaMu Ampunkanlah segala dosa dalam diri Ku percaya Engkau bisa meneguhkan Pendirianku... Keimananku... Ku memohon dalam sujudku padaMu Ampunkanlah segala dosa dalam diri Ku percaya Engkau bisa meneguhkan Pendirianku... Keimananku... Engkau satu cinta Yang selamanya aku cari Tiada waktu ku tinggalkan Demi cintaku kepada-Mu Walau s

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah..

Image
Dengan nama Allah Sebaik-baik Pemberi Ganjaran ... Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana? Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga? Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku? Aduhai pria. Adakah kau yang tercipta untukku? Jawab pertanyaanku ini. Jawab! Kau takkan pernah dapat memberi jawapan Kerna jawapannya bukan di tanganmu Tetapi di tanganNya. Di tangan Tuhan kita; Allah Tuhanku dan Tuhanmu Gelisahku memikirkan dirimu Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku Aduhai pria Maafkan aku. Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu Jemput diriku pabila waktunya tiba Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia Akan kucipta cinta bersama Dia Sebelum kucipta cinta antara kita Jadilah dirimu kumbang yang hebat Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar "i've leave him for the sake of Allah" Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang Bilamana kita ti