Syukran kerana sudi membaca apa yang tercatat di blog ini..moge bermanfaat kepada semua...may Allah bless you alls..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 30, 2012

Surat untuk sahabat

Bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum, apa khabar semua? iman sehat?
huh, lama sangat tak update blog ni, busy memanjang.. heee
doa2kanlah semoga candidate PMR tahun ni dapat kejayaan yang cemerlang..
insyaAllah..
klah, bce ea post ni,
smoga ade manfaatnya.. insyaAllah..
may Allah bless you all.. =)




Wahai temanku yang selalu aku rindui dan sayangi kerana Allah..


Aku tak tahu bagaimana mahu mulakan kalamku ini,
Tapi aku nak kau tahu yang aku rinduuu sangat dekat sahabat aku yang aku cinta sangat-sangat ni..


First sekali, aku nak ucap jutaan syukran sangat-sangat kat kau sebab sudi jadi kawan aku selama ini,
Walaupun kau penat layan kerenah aku yang suka menyusahkan orang ni, 
tapi kau tak jemu kawan dengan aku..
Aku terharu sangat-sangat..





Secondly,
Sekarang ni kita dah tak selalu bersam-sama macam dulu lagi,
Aku ingat lagi masa mula-mula kita tak sama kelas, 
Aku macam kelu nak cakap dengan kau, macam malu nak cakap dengan kau,
walhal, hari-hari jumpa, hari-hari sms.. 
hehehe..
Tapi akhirnya, kita berjaya juga memperbaharui dan memperkuatkan balik tali ikatan persahabatan kita yang hampir renggang tu..
alhamdullillah..


Thirdly,
Aku tahu kita sama-sama ada masalah, 
sama-sama diberi ujian dari KEKASIH kita,
Aku tahu aku selalu merungut, 
tapi, 
kau selalu beri suntikan semangat untuk aku teruskan kehidupan..
walaupun diri kau pon ada masalah..
aisshh, terharu lagii..


fourthly,
Kau selalu juga suruh aku bagi kata-kata semangat untuk kau,
tapi diri aku pon tak termotivasi,
hehe..
tapi syukurlah kau memahami diri aku,
aku ni malu sikit kalau nak bercakap face to face,
so, terpaksalah bercakap kt mesej,
err, bukan bercakap, tapi bertaip.. hehehe..






and the lastly,
Walaupun kita dah tak selalu bersama, tapi hati kita selalu bersama kan?
Aku berharap sangat kita akan menjadi BESTFRIEND FILLAH TILL JANNAH,
insyaAllah..    
aku nak sangat kita masuk syurga sama-sama..
bahagia kat dalam syurga tu..
dan semoga kita berjaya dalam kehidupan fi dunia wal akhirah..


alhamdulillah, syukur ya Allah, kerana kau beri aku seorang sahabat yang melabuhkan cintanya kepadaMU..
semoga persahabatan yang kami bina atas keimanan kepadaMU akan berkekalan hingga ke syurga.. insyaAllah..

p/s

  • surat ni khas untuk semua sahabat yang ana cintai kerana Allah.. 
  • semoga mendapat manfaat kepada kalian..
  • may allah bless u alls..

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul

Bismillahirahmanirrahim..
Kaifa halukum wa imanukum?
harap2 sehat lah yer..
dah lama tak buat post,
arini ana nak post sket je..


Salam Maulidurrasul kepada semua umat islam, marilah kita sama-sama menghayati segala pengorbanan kekasih Allah.. Kita sering lupakan Nabi Muhammad, sedangkan beliau sering mengingati kita umatnya. Kalau kita lihat detik-detik kematiannya, dia menyebut UMMATI,UMMATI,UMMATI.. subhanallah, betapa sayangnya nabi kepada kita.. Jom kita ambil masa untuk berselawat pada hari yang mulia ini.. tak rugi pon.


Sollallah a'la muhammad,
Sollahahu alai wasallam,
Sollallah a'la muhammad,
Sollallah alai wasallam...






Jom kita hayati pula lirik lagu nih,




Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela











Salam Maulidurrasul..
Jangan lupa selawat.. =)
May Allah bless you all.. ^^