Anis Fatihah (Part 3)
Bismillahirrahmanirrahim ..
Assalamualaikum , dah lama kan tak update blog nii ? :3 cerpen Anis Fatihah pun trgantung . maaf sgt2 . cerpen ni dah lama siap , cuma tak sempat nk publish . Semoga kalian memperoleh manfaat dripada cerpen ini . Selamat membaca :D *macam ramai sgt je yg bce >_< .
“Assalamualaikum, umi
apa khabar? Anis rindu sangat dekat umi, ayah, kakak dan abang” Anis Fatihah meluahkan rasa rindunya terhadap
keluarga di Malaysia semasa berhubung dengan uminya melalui telefon.
“Kami di sini pun
rindu sangat kat Anis, Tahun ni kan tahun akhir Anis kat sana.. Sekejap sahaja
masa berlalu, dah empat tahun Anis belajar di sana. Anis balik sebelum raya
kan?”
“Hehe, Alhamdulillah
umi.. Dah empat tahun jugalah Anis tak beraya dengan keluarga. InsyaAllah umi .Tapikan
umi, kolej Anis ada buat lawatan ke umrah dua minggu. Anis nak pergilah umi, nak
merasa berpuasa kat sana, kiranya nanti Anis balik Malaysia lambat sikitlah ya
umi? Anis balik lagi seminggu nak raya.”
“Alhamdulillah, bagus
anak umi.. Pergilah sayang.. Anis, umi nak cakap sesuatu ni, ada orang meminang
kamu semalam.”
“Ha? Siapa umi?”
“Hm, tak silap umi
Afiq Zakwan namanya.. Anis kenal ke?”
Anis Fatihah
terkesima seketika, dia tidak menyangka bahawa Afiq Zakwan benar-benar
menunaikan janjinya.
“Hmm.. Kenal umi, dia
pelajar STPM kat sekolah Anis dulu.. umi terima ke pinangan tu?”
“Umi belum memutuskan
apa-apa jawapan pada pihak mereka, umi mahu Anis sendiri yang membuat keputusan untuk
menerimanya ataupun tidak, ini soal kehidupan kamu sayang.”
“Takpelah umi, nanti
Anis fikirkan dan insyaAllah nanti Anis buat solat istikharah.” Okaylah umi, Anis ada kelas sekejap
lagi, Assalamualaikum umi, sampaikan salam pada ayah dan keluarga yang lain,
ya?.
“Okay,
waalaikumsalam. Jaga diri ya sayang”
Setelah Anis Fatihah
menamatkan panggilan ibunya, dia berfikir.. Perlukah dia menerima pinangan Afiq
Zakwan? Dia tidak menyangka bahawa Afiq Zakwan benar-benar mengotakan janjinya empat tahun yang lepas. Mungkin istikharah ialah jalan yang terbaik.
****
Anis Fatihah
menceritakan hal yang diberitahu oleh uminya kepada sahabat baiknya Sofia
Insyirah. Sofia Insyirah juga terkejut dengan peminangan Afiq Zakwan, dia pun
tidak menyangka bahawa Afiq Zakwan benar-benar ingin menyunting Anis Fatihah
menjadi suri hatinya walaupun sudah beberapa tahun mereka tidak bersua.
Sofia Insyirah juga
menasihati Anis Fatihah agar fikir betul-betul perkara ini dan seeloknya
membuat solat istikharah memohon petunjuk Illahi, sempat dia menyanyikan
serangkap lagu “permata yang
dicari-Dehearty” “Ya Allah, jika dia
benar untukku, tetapkanlah hatinya dengan hatiku.. Jika dia bukan milikku,
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU”.
Ya, istikharah ialah jalan yang paling baik untuk memohon petunjuk
Allah.
***
Sudah dua minggu
ramadhan berlalu, begitu pantas masa berjalan. Dua minggu lagi Anis Fatihah
akan pulang ke Malaysia kerana sudah habis pengajiannya di Universiti Yarmouk,
Jordan, sudah empat tahun Anis Fatihah tidak pulang ke Malaysia, dan empat tahun
itulah dia beraya bersama-sama sahabat seperjuangan di bumi Jordan. Perasaan
rindu kepada keluarga dan sahabat-sahabat di Malaysia tidak dapat ditahan lagi.
Anis Fatihah juga sangat rindukan suasana hari raya di Malaysia yang sememangnya
berlainan suasana di Jordan. Bak kata pepatah “hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri” Tapi dia juga merasa sedih ingin meninggalkan
bumi Jordan itu yang telah empat tahun dia diami itu.
Dua hari lagi Anis
Fatihah bersama rakan-rakannya akan berangkat pergi ke Mekah untuk membuat umrah dan akan
terus pulang ke Malaysia. Anis Fatihah tidak mendapat lagi jawapan
istikharahnya untuk menerima Afiq Zakwan. Mungkin Allah bagi petunjuk lambat
sedikit, fikirnya. Mungkin juga Allah mahu memberi petunjuk semasa dia sedang
mengerjakan umrah di Mekah. Dia hanya bersangka baik dengan Allah dan hanya
bersabar.
***
Afiq Zakwan terkejut apabila terlihat Anis Fatihah
yang mengikuti lawatan dari Universti Yarmouk , Jordan. Afiq Zakwan juga
mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak universitinya iaitu Universiti
Al-Azhar Mesir. Universiti mereka juga
akan bergabung dan akan bersama-sama dalam mengerjakan umrah.
Afiq Zakwan hanya
menundukkan wajahnya saat Anis Fatihah terpandangkan dirinya. Dia tidak mahu
Anis Fatihah perasan akan dirinya. Dia juga agak kecewa apabila Anis Fatihah
belum memberi jawapan kepada pinangan yang dihantar oleh ibu dan bapanya pada
bulan lepas. Afiq Zakwan tetap menunggu
dengan sabar. Mungkin Anis Fatihah memerlukan masa untuk membuat keputusan yang
tepat. “Ya Allah, jika benar Anis Fatihah jodohku, berilah kami petunjukMu..
Jika dia bukan jodohku, kau redhakanlah hatiku untuk menerima ketentuanMu.” Doa
Afiq Zakwan..
***
“Ya Allah, berikanlah
aku petunjukMu.. Aku buntu ya Allah, andai benar telah tertulis untukku bahawa
Afiq Zakwan benar-benar jodohku dan yang terbaik untukku, kuatkanlah hatiku
untuk menerima dirinya. Dan jika dia bukan yang terbaik untukku, KAU berilah
aku petunjuk agar tidak menerimanya. Aamiin ya Rabbal Alamin.” Anis Fatihah berdoa
memohon petunjuk dari Illahi.
Sepanjang di bumi
Mekah itu, Anis Fatihah tidak melepaskan peluang memanjatkan doanya, agar dia
berjaya dalam peperiksaan dan mendapatkan petunjuk bagi pinangan Afiq Zakwan.
***
Hari ini merupakan
hari terakhir mereka semua di Makkah Al-Mukarramah, Anis Fatihah terlihat
seorang lelaki yang sedang mengangkat barangnya untuk membawa pulang. Anis
Fatihah seakan mengenali lelaki itu. Tetapi dia tidak dapat mengingati siapakah
lelaki itu. Sedang dia leka memandang
lelaki itu, sahabatnya Aliah Nabilah menegurnya. “Anis, jaga mata tu.
Hehehe” Anis Fatihah sudah merasa malu.
“Err, takdelah, ana macam kenal lelaki itu, tapi ana tak dapat ingat siapa..
biarlah, tak penting pun.
***
“Aku terima nikahnya
Anis Fatihah binti Mohd Hisyam dengan mas kahwinnya RM 80 tunai” Lafaz Afiq Zakwan semasa diijabkabulkan.
“Sah ! Sah ! Sah!”
Dengan sekali lafaz
sahaja, Anis Fatihah dan Afiq Zakwan selesai diijabkabulkan dan mereka
mengucapkan syukur ke hadrat Illahi.
Anis Fatihah mendapat
petunjuk untuk menerima Afiq Zakwan semasa berada di Makkah Al-Mukarramah. Dan
selepas 6 bulan mengikat tali pertunangan, meraka diijabkabulkan. Dan apabila
melihat wajah Afiq Zakwan, baru Anis Fatihah perasan bahawa pelajar lelaki dari
Universiti Al-Azhar semasa mengerjakan umrah ialah Afiq Zakwan.
***
Sofia Insyirah
memeluk erat sahabatnya itu. Dia sangat gembira dengan pernikahan Anis Fatihah
dan Afiq Zakwan. Benarlah kata orang-orang dahulu “kalau dah jodoh tidak ke
mana” . “Lepas ni kau pulak kahwin tau ! hahaha .” Anis Fatihah mengusik
sahabatnya itu. “Kau carikan aku suami boleh? Hahaha.. “ Sofia Insyirah
membalas usikan Anis Fatihah. “Boleh je, takde masalah. Hahaha “ Mereka berbalas senyuman.. Sungguh indah
ukhuwah di antara mereka.
Anis Fatihah
bersyukur dikurniakan seorang suami yang soleh. Afiq Zakwan merupakan seorang
hafiz yang menghafal 30 juz Al-quran. Dia merasa sungguh rendah diri mendapat
suami penghafal A-Quran. Dia juga bersyukur kerana dia tidak pernah bercinta
sebelum berkahwin. Dia sangat berharap Afiq Zakwan akan membimbingnya untuk ke
Syurga kelak.
“Anis, terima kasih kerana sudi menerima abang sebagai suami sayang. InsyaAllah, kita
akan bersama-sama masuk ke syurga Allah nanti.. “ Kata Afiq Zakwan kepada
isterinya Anis Fatihah. Dia juga bersyukur kerana dikurniakan isteri sebaik
Anis Fatihah. Dia berharap agar dia boleh menjadi ketua keluarga yang
bertanggungjawab dalam mencari redha Illahi.
***
Begitu tenang Anis
Fatihah apabila solat diimamkan oleh suaminya sendiri Afiq Zakwan. Begitu
tenang suaranya. Usai bersolat, Afiq Zakwan mengetuai doa mereka. Antara doanya
ialah ““Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami
pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami
pemimpin kepada orang yang bertakwa.” Semoga
mereka berbahagia serta sentiasa berada dalam cinta Allah..
Indahnya
cinta selepas nikah.
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk
lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk
perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik
untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang
baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang
baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang
(yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan
pengurniaan yang mulia.”
Comments