Posts

Showing posts from 2011

Luahan seorang hamba yang lemah..

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. apa khabar semua?? iman sehat x?? ana harap sehat ye.. semoga post kali ini bermanfaat kepada semua.. insyaAllah.. Ya Allah, jika kau kurniakan kepadaku perasaan suka, cinta dan sayang kepada seseorang, kau jatuhkanlah aku kepada orang yang sangat mencintaiMu.. Aku sedar, aku perlu bermujahadah dengan apa yang terjadi.. Walaupun mujahadah itu terlalu pahit buatku.. apakan daya, aku harus menguatkan diri ini .. Pernah juga aku terfikir, kenapa mesti ada perasaan macam tu hadir dalam diri hamba Allah.. Sedangkan kita hamba yang lemah.. Sanggupkah kita nak mengawal perasaan itu.. Berbekalkan iman dan taqwa.. Aku tabah menghadapinya.. Aku kuat untuk mengawal perasaan itu. Pada mulanya, aku pendam seorang diri.. Dan kepada Allah sahaja aku mengadu... Aku tahu jika aku terus memendamkan perasaan itu.. Hati aku akan bertambah tidak tenteram... Aku kuatkan hati untuk meluahkan kepada beberapa orang.. Walaupun terasa malu dan amat ma

Aku berubah juga akhirnya..

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. arini ana nak k0ngsikan satu cerita ni.. cite rekaan je.. huhu.. sem0ga bermanfaat buat kita walaupun agak terabur sket.. heee.. Dulu, aku selalu buat jahat.. Selalu tinggalkan solat, tak dengar cakap mak.. Selalu tak buat kerja sekolah yang cikgu bagi. tak dengar cakap cikgu.. dan selalu digelar BUDAK DEGIL.. Ya, Aku akui itu, aku memang pon DEGIL.. tapi tak semestinya aku takde perasaan, tak ingin berubah.. Ada satu hari tu, adalah seorang hamba allah ni. Dia cakap kat aku, kau ni mad, bilalah nak berubah. Kau ni degil sangat, tolonglah ubah perangai kau ni. Aku pun cakaplah kat dia, insyaallah aku akan ubah diri aku ni.  Aku akan buktikan yang aku akan menjadi budak baik satu hari nanti.. baik pada masyarakat dn menjadi yang terbaik di sisi Allah.. Ada pulak sorang hamba Allah ni, dia kata kat aku, 'Bole ke kau berubah?? dengan hati kau yang keras macam batu" huh.. aku akan buktikan.. kawan, sepatutnya kau beri aku

Wahai Muslimah...

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Lama tak update.. huhuhu.. Post ni khas untuk muslimah.. InsyaAllah bermanfaat..  Wahai muslimah, Pernahkah kau mempunyai perasaan terhadap seseorang, rasa rindu kepada seseorang.. Pernahkah kau terfikir kenapakah perasaan begitu hadir dalam diri kita, Sedangkan Allah melarang kita bercinta.. Usahlah kau memikirkannya wahai muslimahku sayang, kerana perasaan CINTA itu ialah FITRAH manusia. CINTA hadir tanpa diundang oleh diri kita. Ia adalah ujian dari Allah.. Allah ingin menguji iman kita.. Kuat ataupun tidak.. Sememangnya seronok ketika bercinta.. Tetapi.. ia akan membuatkan kau menderita.. Percayalah wahai muslimahku sayang.. Aku sedar, diriku juga tidak sempurna.. Aku juga mengingatkan diri ku ini.. Aku ingin kita semua. menjadi perhiasan yang terbaik di dunia ini.. Dan menjadi bidadari di syurga yang hakiki.. InsyaAllah... Oleh itu, kita sebagai muslimah, kita mestilah menjaga diri kita daripada menjadi man

Ujian allah..

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. arini ana nak kongsi sedikit pengisian, insyaAllah, bermanfaat.. :) Dulu, Apabila aku diuji, Seringkali aku mengeluh kerana ujian itu..  Dan aku juga sering mengatakan... Kenapa mesti aku? Kenapa mesti aku? Kenapa mesti aku? Aku tahu itu hanya bisikan syaitan, sedangkan aku tahu, ada yang lagi berat ujiannya.. Aku perlu memperbaiki diri ini.. Aku perlu mujahadah.. Ujian dari Allah menjadikan aku lebih dewasa.. Kini... Apabila aku diuji,  aku mencuba sedaya upaya untuk menerimanya dengan sepenuh hati, Kerna aku tahu Allah sayang kepadaku, Allah juga ingin menguji keimanan aku.. Maka aku perlu memberbaiki imanku.. Tepuk dada tanyalah iman, memang iman kata sihat,  tapi, hanya diri kita yang mengetahui betapa lemahnya iman kita, sebagai manusia yang lemah. Aku tahu allah inginkan perubahan yang lebih baik untuk diriku, Aku juga perlu mendidik dan mentarbiah hati ini. Dengan dorongan dan nasihat rakan-rakan dan orang-orang yan

Bersahabat kerana Allah

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Ana nk kongsikan satu cerita.. insyaAllah bermanfaat.. Terngiang-ngiang di telingaku apa yang dikatakan oleh ibu. 'Ayah dihantar ke Perak untuk bertugas di sana selama tiga tahun, kita pun kena pindah ke sana juga. Athirah pindah sekolah ya sayang.' Berita itu membuatkan aku terkejut. Ini bermakna aku akan berpisah dengan Auni,Izzah,Mawaddah dan semuanya.Ya Allah, aku tidak sanggup untuk berpisah dengan mereka.Keputusan itu tidak boleh ditolak. Keesokan harinya, aku terpaksa memberitahu Auni tentang berita aku akan pindah ke sekolah lain.Agak berat mulutku untuk memberitahunya.Kau kuatkanlah aku Ya Allah. Dengan berat hati, aku memberitahu Auni.'Auni, tahun depan kita dah tak sekolah kat sini.' Ayah kita kena pindah tempat kerja. Air mataku tidak dapat ku tahan. Begitu juga dengan Auni. Aku yakin ada hikmah yang tersirat di sebalik perpisahan ini. Aku redha.Jangan risau Auni, kita tidak akan lupakan awak.Kita masih boleh berjumpa, jik

CINTA...

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. arini ana nak cerita sikit pasal CINTA.. InsyAllah bermanfaat.. Cinta.. Ada apa dengan CINTA... Cinta selalu hadir dalam hidup kita.. Cinta   hadir, tanpa ada yang menjemput.. Cinta  datang, membahawa cahaya kepada setiap insan.. Menggembirakan hati ini.. Cinta kepada manusia membuatkan kita jadi buta.. Buta kepada cinta Allah.. Kerana Cinta juga kita menjauhkan diri dari kekasih kita yang SATU..' Cinta manusia, tidak semestinya dia jodoh kita.. Ia juga tidak semestinya diredhai Allah... Pabila cinta menguasai diri kita, ia akan menjadikan kita melupakan Allah.. Hanya orang yang pandai menguruskan cintanya kerana Allah.. Dan jika cinta itu hilang, ia akan membuatkan kita merana.. Orang yang bercinta kerana Allah, Dia akan menerimanya dengan redha.. Dan mengatakan semua itu akan ada hikmahnya.. Janganlah kita menangis kerana CINTA.. Tapi, menangislah kerana ALLAH.. Ingatlah wahai muslimin dan muslimat.. jika CINTA

Berpisah kerana Allah

Image
Bismillahirrahmanirrahim... hayatilah kata-kata di bawah ini.. moga bermanfaat.. Aku termenung sendirian tatkala mengenangkan diri ini.. Aku tahu Allah sedang menguji aku, hambanya yang sangat lemah.. Aku diuji dengan pelbagai penyakit yang menyukarkan aku mebuat pekerjaan. Pekerjaanku tergendala disebabkan penyakit yang ada pada diri ini.. Namun aku redha, kerana aku tahu Allah sangat sayang kepadaku.. Dia tahu apa yang terbaik untukku.. Di saat aku jatuh ke bawah, dan berpisah dengan rakan-rakan kesayanganku, Aku tahu Dia sentiasa ada denganku.. Walaupun rakan-rakanku tidak lagi bersamaku di sisi. Aku tetap mengingati mereka.. Sahabat, janganlah kau melupakan aku, walaupun kau jauh di mata, tapi kau selalu berada di hatiku.. Di saat aku mengetahui bahawa kita akan berpisah, Aku cuba tersenyum dan bergelak ketawa denganmu , walaupun di dalam hati ini, Meraung, menangis dan terasa sangat pedih untuk meninggalkan dirimu wahai sahabat. Namun apakan daya.. Takdir telah menentukan ke

Ketentuan Illahi.(cerpen)

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. asyik update je kan? xpelah.. kongsi ilmu ape salahnya kan.. heee~ arini ana nak kongsi kan satu cerpen.. insyAllah bermanfaat.. alhamdulillah ia nya datang dari qalbu ana sendiri.. Aku duduk seorang diri di tepi tasik di Darul quran tempatku menjadi ustazah pada masa ini. Aku bersyukur kerna aku dipilih untuk menjadi hafizah di bumi ini dan cita-citaku tercapai. Walaupun pada mulanya aku merasakan diri ku tidak mampu untuk menghafal Al-quran. Tetapi dengan sokongan ahli keluarga, sahabiah akhirnya aku kuatkan hati, kuatkan diri untuk menjadi hafizah. Di waktu aku bersekolah rendah, aku teringin sangat-sangat hendak menjadi  ustazah ataupun pensyarah. Pada waktu itu sememangnya aku tidak matang dari segi pemikiran tentang ,masa hadapan. Aku semakin tertarik untuk menjadi ustazah, apabila melihat abangku, menjadi ustaz dan kakakku menjadi ustazah.  ***************** Masuk sahaja di alam remaja, aku memilih sekolah arab bantuan kerajaan sebagai t