Bersahabat kerana Allah

Bismillahirrahmanirrahim..
Ana nk kongsikan satu cerita..
insyaAllah bermanfaat..


Terngiang-ngiang di telingaku apa yang dikatakan oleh ibu. 'Ayah dihantar ke Perak untuk bertugas di sana selama tiga tahun, kita pun kena pindah ke sana juga. Athirah pindah sekolah ya sayang.' Berita itu membuatkan aku terkejut. Ini bermakna aku akan berpisah dengan Auni,Izzah,Mawaddah dan semuanya.Ya Allah, aku tidak sanggup untuk berpisah dengan mereka.Keputusan itu tidak boleh ditolak.

Keesokan harinya, aku terpaksa memberitahu Auni tentang berita aku akan pindah ke sekolah lain.Agak berat mulutku untuk memberitahunya.Kau kuatkanlah aku Ya Allah. Dengan berat hati, aku memberitahu Auni.'Auni, tahun depan kita dah tak sekolah kat sini.' Ayah kita kena pindah tempat kerja. Air mataku tidak dapat ku tahan. Begitu juga dengan Auni.

Aku yakin ada hikmah yang tersirat di sebalik perpisahan ini. Aku redha.Jangan risau Auni, kita tidak akan lupakan awak.Kita masih boleh berjumpa, jika diizinkan Allah. 'Nanti bila dah dapat kawan baru, jangan lupakan kita tau Raudha, awak janji tau. Cuti akhir tahun,aku banyak menghabiskan masa bersama Auni, Izzah, Mawaddah, Nusaibah, dan Adlina.





                                                      
***************

Kini tiba masanya aku terpaksa meninggalkan tempat lahirku,yang sudah 14 tahun aku menetap di Melaka. Walaupun berat hati ini untuk meninggalkan tempat ini, namun aku kuatkan juga hati ini. Aku teringat kata-kata Auni semalam. Jaga diri di tempat baru, jangan lupakan kami di sini. Aku pasti tidak akan melupakan kalian.

Di Johor, aku bersekolah yang ada pelajar lelaki, tidak seperti di Melaka,aku bersekolah di sekolah pelajar perempuan sahaja. Aku berasa agak janggal kerana ada pelajar lelaki, aku juga perlu menjaga diri di sekolah ini. Ya Allah, Kau kuatkanlah imanku.

Di sekolah itu, ramai yang senang berkawan denganku, mereka melayan ku dengan baik, guru-guru di situ juga baik denganku. Alhamdulillah. Aku mendapat seorang teman baru, yang bernama Alisya Sofrina. Dia seorang yang lemah lembut. Aku suka berkawan dengannya. Dia juga baik dengan guru-guru. Selain Alisya, aku juga rapat dengan Amira, Afiqah, Fariha,dan Nadya. Mereka juga baik.
Pelajar lelaki di sekolah itu hanya segelintir sahaja yang berperangai buruk. Aku sering teringatkan Auni, Maisarah, Mawaddah, Adlina, Nusaibah dan Izzah. Aku bersyukur dikurniakan sahabat yang baik seperti mereka di sini.




Tetapi ada dugaan yang menimpa diriku apabila seorang pelajar di sekolah itu dengki denganku. Setiap hari aku ke sekolah, pasti ada sampah di bwh mejaku, pernah sekali, ada cicak di dalam mejaku. Ya Allah, dugaan apakah ini. Kata Nadya yang tinggal di Aspuri sekolah, pelajar yang dengki padaku ialah Syazlina. Dia pelajar di kelasku juga. Dia tidak suka pada aku kerana aku disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakan. Dan sejak aku berada di kelas itu, aku sering mendapat tempat pertama dalam ujian atau peperiksaan, sedangkan sebelum aku berada di situ, Syazlina lah yang sering mendapat tempat pertama dan disenangi oleh semua guru.

Aku ada menghubungi Auni, aku menceritakan semuanya kepadanya. Aku sangat rindukan tema baikku itu. Minggu hadapan cuti pertengahan tahun bermula, aku akan tinggal di rumah nenekku di Melaka. Dapatlah aku bertemu dengan Auni. Aku tidak sabar untuk bertemu dengannya, dan teman-temanku yang lain.

                                                              ************





Saat yang aku tunggu-tunggukan tiba jua.Aku memeluk erat sahabatku itu. Sudah enam bulan kami tidak bersua. Kami dipisahkan, dan bila kami bertemu kami dapat rasakan rindu yang teramat sangat. Itulah dinamakan sahbat berlandaskan keimanan dan bersahabt kerana Allah.

Hari pertamaku di Melaka, aku hanya bertemu dengan Auni, kerana rumahnya berdekatan dengan rumah nenekku. Seminggu selepas itu, aku berkumpul bersama, Auni,Izzah Mawaddah,Nusaibah dan Adlina dan sahabatku yang lain.
Aku menceritakan perbuatan Syazlina kepada mereka, aku tidak berniat untuk mengaibkannya, tetapi aku buntu, tidak tahu apa yang aku harus lakukan. Mereka menasihatkan aku, agar meminta maaf kepada Syazlina kerana aku, dia tidak lagi mendapat tempat pertama di dalam kelas. Dan kerana aku lebih disenangi oleh guru-guru daripada dia.

Aku harap dia akan memaafkan aku. Aku tidak ingin sesiapa membenci aku, dan aku juga tidak mahu membalas perbuatannya, aku mesti memaafkannya, aku hanya hamba yang lemah, walaupun susah untuk aku memaafkannya, aku kuatkan juga. Sedangkan nabi pun ampunkan umatnya.
                                                        ************




Aku telah pun pulang ke Johor kerana sekolah akan bermula kembali dua hari lagi. Walaupun berat untuk aku berpisah dengan sahabat-sahabatku, Aku kuatkan diri ini. Aku akan bertemu dengan mereka lagi pada cuti akhir tahun nanti. PMR pun tidak lama lagi.Aku tekad untuk meminta maaf kepada Syazlina.

Pada hari pertama persekolahan, aku bertemu dengan Syazlina, dia tidak mengaku yang dia dengki denganku. Aku pun tidak tahu apa yang aku harus buat. Tak mungkin Nadya menipuku. 

Keesokan harinya, Aku ternampak Syazlina dikacau oleh lima orang pelajar lelaki yang terkenal dengan nakalnya. Aku pergi ke bilik guru dan memberitahu guru disiplin tentang pelajar yang mengganggu Syazlina itu. Cikgu Fakri, iaitu guru disiplin di sekolahku bergegas ke situ. Setelah selesai urusan di pejabat pengetua, Syazlina berterima kasih kepadaku. Dia menceritakan kepadaku apa yang terjadi sebenarnya.


Sebenarnya lima orang pelajar yang nakal itu tidak suka denganku. Mereka mengupah Syazlina untuk membuang sampah di mejaku. Dalam pada masa yang sama Syazlina berasa tercabar denganku kerana aku sering mendapat tempat pertama di dalam kelas dan di senangi guru-guru. Sebab itu, dia sanggup membuat apa sahaja yang disuruh oleh pelajar lelaki tersebut.Dan pada satu hari, Syazlina berasa amat bersalah kepadaku kerana aku tidak pernah membalas apa yang dia lakukan kepadaku.


Dia memberitahu lima orang pelajar lelaki itu yang dia tidak mahu membantu mereka lagi dan ingin meminta maaf padaku. Tetapi mereka mengugut Syazlina untuk memberitahu guru disiplin tentang apa yang dilakukan olehnya kepada aku. Kami menceritakan hal tersebut kepada cikgu fakri, dan mereka digantung sekolah.

                                                        **************

Kisah itu telah setahun berlalu, kini aku bersahabat baik dengan Syazlina, Alisya dan yang lain-lain. Lima orang pelajar lelaki yang nakal itu telah dipindahkan ke sekolah lain kerana kenakalan mereka itu.


Aku bersyukur kerana di sekolah ini, aku mendapat pengganti Auni. Namun aku tidak akan pernah melupakan Auni, dan rakan-rakanku yang lain. Sesungguhnya kami bersahabat berlandaskan keimanan dan bersahabat kerana Allah. Alhamdulillah.




p/s:



  • semoga cerita ini bermanfaat..  
  • Bersahabatlah kerana Allah..
  • Dan bersahabatlah berdasarkan keimanan..
  • insyaAllah... ukhuwwah yang terbina akan berkekalan..






                                 

Comments

Sis Jaja said…
alhamdulillah, perkongsian yang bermakna dalam meneruskan pengembaraan bersama sahabat sejati. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan kata2 yg seringkali menguris rasa. semoga kita terus menyayangi sahabat adalah semata kerana Allah yang hanya memberi sahabat terbaik buat mereka yang terbaik.

Popular posts from this blog

Awak, kenapa awak kahwin dengan saya???

Doa Seorang Hamba

Anis Fatihah (Part 2)