Thursday, December 15, 2011

Aku berubah juga akhirnya..

Bismillahirrahmanirrahim..
arini ana nak k0ngsikan satu cerita ni..
cite rekaan je.. huhu..
sem0ga bermanfaat buat kita walaupun agak terabur sket.. heee..


Dulu,
aku selalu buat jahat..
Selalu tinggalkan solat,
tak dengar cakap mak..
Selalu tak buat kerja sekolah yang cikgu bagi.
tak dengar cakap cikgu..
dan selalu digelar BUDAK DEGIL..


Ya,
Aku akui itu,
aku memang pon DEGIL..
tapi tak semestinya aku takde perasaan,
tak ingin berubah..




Ada satu hari tu, adalah seorang hamba allah ni. Dia cakap kat aku, kau ni mad, bilalah nak berubah. Kau ni degil sangat, tolonglah ubah perangai kau ni. Aku pun cakaplah kat dia, insyaallah aku akan ubah diri aku ni. 

Aku akan buktikan yang aku akan menjadi budak baik satu hari nanti..
baik pada masyarakat dn menjadi yang terbaik di sisi Allah..


Ada pulak sorang hamba Allah ni,
dia kata kat aku, 'Bole ke kau berubah?? dengan hati kau yang keras macam batu"
huh.. aku akan buktikan..
kawan, sepatutnya kau beri aku dorongan, bukan melemahkan lagi semangat aku.. huh..




Nama saya Ahmad ataupun kau boleh panggil aku mad. Aku teringat waktu pertama kali aku berjumpa dengan seorang sahabatku yang bernama Qayyim.


Dia bagaikan malaikat bagiku, dia seorang yang sangat baik. Dia sering menasihatiku agar bersolat, mentaati ibu bapa dan guru. Apa yang aku buat akan ditegurnya jika salah. Dia mengajar aku erti kehidupan yang sebenar, dia juga tidak memanggil aku dengan gelaran 'Mad' seperti sahabatku yang lain. Kerana katanya, 'Mad' maksudnya mati.


Kini, aku terlalu menginginkan perubahan kerana, aku merasakan hatiku begitu tenang bila solat, aku juga merasakan jiwaku yang kosong kini terisi dengan kebaikan, dan kalam indah allah..




Aku kuatkan tekad untuk ubah diri aku. Untuk menjadi yang lebih baik. Aku minta bantuan Qayyim. Dia banyak mengajar aku tentang islam. Sekarang ni aku dapat merasakan indahnya islam. Ibu aku juga kagum dengan perubahanku ini.


Bila pandang muka Qayyim, hatiku berasa tenang sekali, dan sering ingat pada allah. Betul kata orang, sahabat yang baik, apabila kita lihat wajahnya, kita akan mengingati allah..


Aku kuatkan tekad untuk ubah diri aku. Untuk menjadi yang lebih baik. Aku minta bantuan Qayyim. Dia banyak mengajar aku tentang islam. Sekarang ni aku dapat merasakan indahnya islam. Ibu aku juga kagum dengan perubahanku ini.




Aku juga tidak lagi melawan cakap ibu dan ayah. Di sekolah juga aku berusaha untuk menjadi yang lebih baik dan menyiapkan semua kerja yang cikgu bagi. Aku juga mempunyai semakin ramai kawan. Mungkin mereka senang dengan perubahanku.


Alhamdulillah, kini aku dapat menjadi lebih baik di sisi masyarakat dan di sisi Allah..
Aku juga bersyukur dikurniakan sahabat seperti Qayyim yang sanggup membimbing aku ke jalan yang benar.


Dia selalu berkata kepada orang yang suka cakap aku DEGIL, katanya, kalau kita tahu perangai dia buruk, kita patut bimbing dia, bukannya mengutuk dia.


Aku bersyukur kerana aku sempat berubah sebelum ajal menjemputku.. 
Ya allah, kau kuatkanlah aku untuk aku istiqamah dalam setiap ibadah ku kepada Mu..
Dan berilah aku kesabaran dalam setiap dugaan hidup di dunia ini.. Amin.. 


Alhamdulillah.. aku berubah juga akhirnya...






p/s: 

  • cerita ini hanya rekaan semata-mata, harap maklum.. moga dapat memberi manfaat kepada kamu semua..
  • sek0lah dah dekat, berdebar plak hati ni.. huhuhu.. perjuangan harus diteruskan.. heheh.. :)
  • moge allah memberkati kita semua.. 

4 comments:

Anna Ai sya said...

cerita yang memberi mesej..alhamdulillah...teruskan lagi ^^

Ana Raihanah said...

syukran akak.. :)insyaAllah akan diteruskan perjuangan ini.. :)

Isma Haneefa said...

sesungguhnya ALLAh-lah yg memegang hati-hati manusia...btw, tQ utk story nih!:)

Raihanah said...

isma haneefa: btul2... afwan..