Kisah Lima Sekawan

Ini kisah kehidupan lima orang sahabat yang bernama Panadol, Salbutamol, Statin, Verapamil, dan Sertraline. Mereka berlima beragama Islam hasil dari keturunan ibubapa mereka. Mereka tinggal di sebuah bandar yang dikenali dengan nama Bandar Tripathi. Ia adalah ibu negara Parmac, Sebuah negara Islam contoh di rantau ini. Ia terletak bersebelahan dengan bandar-bandar yang maju sperti bandar Davidson, Ganong, Bailey dan Netter di sekeliling kepulauan Chaurasia. Bandar Tripathi adalah sebuah negara yang maju dari segi ekonominya yang berdaya saing terutama dlm industri farmaseutikal. Negara Parmac juga adalah pengeluar buku teks pharmac yang terbesar di dunia.


Lima sahabat ini tinggal berdekatan. Pada waktu pagi, selepas solat subuh bersendirian di bilik masing-maisng, mereka selalu sarapan bersama-sama di warung Pak Cik Neostigmine (Pak Cik Neo). Mereka berlima bekerja di sebuah kilang milik Glaxo Smithkline. Selalunya mereka pergi ke tempat kerja bersama-sama. Di tempat kerja pula, mereka diletakkan dalam syif yang sama sebagai pembalut kotak-kotak Ribena. Mereka cukup rapat. Selalunya di waktu makan tengahari, mereka berlima akan berkongsi menaiki kereta Panadol untuk bersama-sama ke gerai makan. Habis sahaja makan mereka kembali ke tempat kerja. Statin mngazankan solat zohor. Verapamil solat bersendirian di suatu sudut manakala Panadol dan Sertraline pergi menunaikan rukun keenam selepas haji (rokok). Salbutamol sudah solat bersendirian degan cepat sekali kerana dia seorang yang rajin bekerja jadi tiada masa baginya untuk dibazirkan. Verapamil terpaksa solat sendirian lagi kali ini.


Syif petang bermula. Lima sahabat ini gigih bekerja dan mndapat pujian dari bos mereka. Syif berakhir pkul 4.30 petang. Kebiasaannya selepas waktu kerja mereka berlima akan minum petang di sebuah warung berdekatan dengan surau di tempat mereka. Sampainya mereka di sana, azan asar berkumandang. Statin mngajak mereka untuk solat asar. Kali ini Verapamil ikut manakala mereka yang lain terlalu lapar pada masa itu untuk solat jemaah bersama di surau.


Pukul 5.00 petang. Mereka pulang ke rumah masing-masing. Selalunya petang-petang begini mereka berlima akan turun beriadah bersama untuk berlatih futsal. Mereka berlima handal bermain futsal dan pasukan mereka merupakan yang paling digeruni kampong-kampung lain. Mereka jugalah juara kejohanan Futsal di tempat mereka. Pasukan mereka cukup lengkap dengan kekuatan dan keserasian yang mantap. Selalunya apabila hari hampir gelap, Statin pulang dahulu kerana ingin bersiap-siap untuk solat maghrib.


Pukul 7.30 malam, azan maghrib berkumandang di surau. Statin solat maghrib berjemaah disitu. Dalam perjalanan balik ke rumah, Statin terserempak dengan empat sahabat baiknya yang baru sahaja selesai berlatih. Mereka balik bersama-sama sambil membincangkan aktiviti yang ingin dilakukan bersama-sama malam ini. Verapamil mncadangkan makan malam di suatu tempat di tepi pantai, Sertraline mencadangkan snooker. Mereka bersetuju dengan kedua-dua cadangan.


Pukul 8.25 malam, mereka semua bergerak dengan kereta Kenari milik Salbutamol. Di pertengahan jalan, azan isyak berkumandang. Statin mngajak mereka supaya berhenti sebentar untku solat isyak, mereka berempat ketawa sinis kerana menyangka Statin hanya bergurau. Statin menggesa agar berhenti, tetapi Salbutamol berdalih kerana ingin cepat supaya dapat pulang ke rumah dengan cepat dan berjemaah di rumah. Salbutamol ini rajin orangnya jadi dia memang banyak kerja di rumah. Statin terpaksa mngalah. Mereka sampai di tempat makan. Mereka makan bersama-sama, habis sahaja makan mereka terus ke tempat snooker.


Malam itu mereka tiba di rumah jam 2.00 pagi dalam keadaan yang sudah mengantuk. Statin mengambil wuduk, dia menunggu rakan-rakan lain untuk solat bersama tapi ternyata mereka sudah terlalu mengantuk pada waktu itu. Statin solat isyak dan witir sambi berniat untuk bangun tahajud. Rezeki Statin bukan pada malam itu. Dia terlalu mengantuk untuk bangun solat malam.


Mereka berlima mempunyai banyak persamaan dalam pelbagai aspek. Mereka berjemaah dalam semua hal kecuali hal yang paling penting iaitu solat.


Mengapa mereka boleh berjemaah dalam benda-benda lain kecuali solat? Persoalan yang penulis juga tidak dapat untuk merungkaikan.


Beginilah kehidupan di sebuah bandar Islam. Bandar yang maju dari segi ekonomi dan kesejahteraan politiknya. Rakyatnya terdiri dari golongan profesional yang hebat-hebat dan ramai yang bergelar jutawan. Pemimpin mereka contoh terbaik dalam kehidupan seharian mereka. Negara ini sedang berada di kemuncak dari segi teknologi, pemikiran, dan ilmu selari dengan kuasa-kuasa besar dunia yang lain.


Tetapi adakah rakyat ini negara yg betul-betul kuat? Benar-benar hebat? Sedar atau tak, dalam perkembangan ekonomi yang pesat, perkembangan sosial juga semakin pesat. Negara Parmac mungkin negara yang maju dari segi ekonomi tetapi ia juga pincang dari segi akhlak terutamanya masalah-masalah sosial seperti buang bayi, zina, arak, pelacuran, dadah, rogol, dan sumbang mahram berleluasa. Mat rempit dan gangster kebanyakannya orang Islam. Tidak kurang juga yang murtad. Tanpa disedari generasi pemuda yang akan memimpin negara pada masa hadapan nanti terdiri dari generasi ini. Adakah mereka sedar?


Sesungguhnya solat itu tiang agama. Tanpa tiang kita hanya boleh tinggal di atas tikar sahaja. Begitu juga agama, tanpa solat maka agama akan jadi seperti tikar yang letaknya dibawah punggung sahaja. Rakyat negara Parmac mungkin bersatu padu tetapi hati mereka cukup rapuh yang mungkin hancur ditiup anginangin keduniaan. Mereka akan kalah dalam jihad melawan nafsu, walaupn mereka bersatu padu tetapi hakikat hati yang kosong tidak akan dapat diisi dengan hati kosong yang lain. Satu gelas yang kosong tidak dapat diisi dengan gelas kosong yang lain. Iman yang disangka sudah cukup kuat tapi hakikat yang iman hanya dimulut tak dapat disangkal lagi.


Pesan penulis kepada penduduk negara Parmac supaya berfikir dan buat sesuatu, kerana negara anda sedang diserang tanpa disedari. Diserang oleh tentera-tentera syaitan yang mengalir dalam salur darah semua rakyatnya. Negara anda tidak akan dapat bertahan dengan jemaah yang selemah-lemah jemaah ini. Mantapkan jemaah anda!!! Bertahan dan bersabarlah!!! Kerana janji bantuan Allah akan tiba.


Alhamdulillah, penulis berasal dari Malaysia. Jauh dari masalah-masalah ini, betul tak?


Sebuah hadis yang diriwayatkan dari Thauban R.A bahawa Rasullullah S.A.W bersabda, dengan mafhumnya:


"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."


Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"


Sabda Baginda s.a.w.:


"Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."


Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"


Jawab Rasulullah s.a.w.:


"Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."


Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"


Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Cintakan dunia dan takut akan kematian."


P/S: Nama-nama di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Awak, kenapa awak kahwin dengan saya???

Doa Seorang Hamba

Anis Fatihah (Part 2)