♥~♥ No Couple Before Akad ♥~♥

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...
Kaifa hal wa iman??





Hari ni ana nak berkongsi sedikit tentang NO COUPLE BEFORE AKAD....  selalu tak dengar ayat tu?? kalau selalu dengar tu alhamdulillah... kalau dengar ayat tu, mesti lah kita pon tahu bahawa  Couple Itu Haram ... betul tak??? ada tak yang mengatakan couple tu tak haram??? kalau ada... ingatlah statement itu adalah salah..


Dalil yang lebih kuat mengatakan diharamkan untuk bercinta ataupun 'couple' terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32: 








“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. 

Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.



situasi ni untuk orang yang dah berkahwin jer...:)
kalau teringin sangat nak bercouple, baik nikah terus...lebih baik.. terhindar dari dosa dan maksiat... 

Pernah tak kamu semua pergi pasar, shopping atau tempat-tempat yang ramai orang.. Dan ternampak orang berpegangan tangan dan buat perkara-perkara yang tak baik??? mesti pernahkan?? masyaAllah... tak tahu nak buat macamana lagi... dah banyak kali cakap yang couple tu haram...semoga Allah memberi mereka hidayah..

Rasulullah ada menceritakan beberapa jenis zina...

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya: 

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.” 

Daripada dua hadis di atas kita dapat tahu bahawa zina itu terbahagi kepada bahagian.. Antaranya ialah zina mata,zina hati ,zina tangan, zina telinga.zina kaki dan zina mulut..





Zina mata ialah, apabila kamu memandang wajah seseorang dengan berperasaan dan dengan sengaja kamu menatap wajah nya.. itu sudah dikira zina mata... sebab itu kamu kena menahan pandangan kamu.. dan selalunya seseorang itu jatuh cinta bermula daripada pandangan mata...betul tak?? dalam surah an-nur ayat 24, Allah ada berfirman..
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

lebih baik kita memandang Al-quran... masyaAllah...

Yang kedua ialah zina hati...Zina hati ialah, apabila kamu merindui si dia, itu sudah dikira zina hati... lebih baik kamu merindui pencipta kamu daripada merindui si dia yang cinta nya tidak pasti kekal ataupun tidak..


Yang ketiga ialah zina tangan, zina tangan terjadi apabila kamu dengan sengaja memegang si dia... kita kan tidak boleh menyentuh orang yang bukan mahram kita...masyaAllah... lebih baik kita menyentuh Al-quran.. itu lebih baik...

Yang keempat ialah zina telinga.. ia terjadi apabila kamu mendengar kata-kata puitis daripada si dia.. lebih baik kamu mendengar ayat Al-quran.. ayat yang pasti daripada pencipta kita...

Yang kelima ialah zina kaki... zina kaki terjadi apabila kita melangkah untuk berjumpa dengan si dia, ataupun kita pergi ke tempat-tempat yang boleh mendatangkan maksiat... masyaAllah... lebih baik kita pergi ke majlis-majlis ilmu, seperti mendengar ceramah,motivasi di masjid.. itu lebih baik daripada pergi ke tempat-tempat yang mendatangkan maksiat...

Yang keenam ialah zina mulut... ia terjadi apabila kamu memberi kata-kata puitis kepada si dia...lebih-lebih lagi jika kamu melembutkan suara kepadanya...oleh itu kamu perlu bersuara tegas kepadanya..

MasyaAllah.... 

Oleh itu, elakkan lah melakukan perkara di atas ye.. yang paling selalu terjadi ialah zina mata dan hati... sbb kalau kita menyukai seseorang 2 zina itu pasti terjadi, betul x?? ermmm... 

Ingatlah bahawa jika kamu sudah bertunang, itu bukannya lesen untuk kamu melakukan sesuka hati terhadap seseorang bukan mahram.. tetapi lesen yang tetap ialah PERNIKAHAN... NO COUPLE BEFORE AKAD....



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬ (٣٢

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). 


Sumber :

p/s

  • ana harap post ni tidak membuat kan sesiapa terasa hati..
  • tidak semestinya penulis tidak pernah membuat perkara2 yang mendatangkan zina, setiap manusia tidak lari dari kesilapan..
  • diharapkan post ni mempunyai manfaatnya dan diredhai Allah..
  • ana nk exam x lame lagi..doakan ye... maybe ni post terakhir untuk bulan ni...
  • may Allah bless you alls..







Comments

Benar bermanfaat. subhanallah!
syukran... ia datang dari allah juga... moge diredhai oleh Allah...insyaAllah..
Iffat Altamis said…
mendambakan mardhotillah......
@Iffat Altamis
btol tu... moge kite mndpt mardhotillah...
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Awak, kenapa awak kahwin dengan saya???

Luahan seorang hamba yang lemah..

Kerana Indahnya Ukhuwwah Itu.. (cerpen)