Jodoh itu Takdir Illahi

Bismillahirrahmanirrahim, 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdulillah, dapat jugak ana update blog ni.. apa khabar semua? iman macamana? hee..
semoga sihat yup.. Dah lama tak update kan? huhu, busy lah katakan. hee.. 
banyak masa tersekat.. huh. Jemput baca ye cerpen ni.. kalau tersalah eja ke, tak paham ke, tanya ye.. silakan baca ye.. *haissh, cakap macam ramai sangat yang bace.. huhu*










Uzma Yusra 'log in' akaun mukabuku nya, sudah hampir dua minggu dia tidak memasuki laman mukabuku nya. umi dan abinya tidak membenarkannya membuka laptopnya kerana dia sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun di sekolah, dia harus mendapat keputusan yang cemerlang.  Tambahan pula dia bakal menduduki peperiksaan besar iaitu PMR.


Sebaik sahaja laman mukabuku terpampang di skrin laptop Uzma Yusra, dia lihat banyak 'notification'. Mungkin dia sudah lama tidak 'online'. Dia lihat mesej dari seseorang. Ayyad Farish, seorang lelaki yang dikenali melalui blog dakwah. Dia terjatuh hati pada Ayyad, disebabkan 'status' dan kata-kata Ayyad di Facebook dan Blog sangat menusuk kalbunya.


Satu je kekurangan yang tidak disukai Uzma Yusra tentang Ayyad Farish, dia selalu 'chatting' dan komen-komen dekat facebook dengan perempuan. Ayyad mempunyai banyak adik angkat dan kakak angkat. "aku ni jeles ke? hadehh, dia tak tahu ke dalam islam ni mana ada angkat-angkat ni? biarlah dia, aku pun bukannya kenal sangat kat dia. ntah2, dia tak sebaik macam dekat facebook.. err, husnuszhon jelah."  Uzma Yusra selalu berfikiran begitu tentang diri Ayyad.




                                                                 *******


Ayyad Farish seorang pelajar tingkatan lima sekolah biasa, namun hatinya sangat meminati ilmu agama. Dia sentiasa berusaha untuk menimba ilmu agama di facebook, dan blog-blog dakwah. Bila dia dapat sesuatu ilmu, pasti dia akan berkongsi ilmu yang didapatinya di facebook dan juga blog dakwahnya. Dia selalu digelar 'ustaz', 'poyo', 'bajet' dari kawan-kawannya. Namun, dia tetap tabah untuk teruskan dakwahnya, dia hanya inginkan keredhaan Allah. 


Dia telah terjatuh hati dekat seorang wanita yang sebaya dengannya. Perempuan itu mulia hatinya dan telah membuatkan Ayyad tertawan dengan sifat kewanitaannya . Pada mulanya dia ingin menyunting wanita itu selepas SPM, namun wanita itu sudah dimiliki dan akan diijabkabulkan selepas SPM, wanita itu bernama Amirah Fitriah. Amirah Fitriah juga telah banyak membawa Ayyad Farish ke arah Islam. Walaupun dia sedih kerana wanita itu menolak cintanya, namun dia pasrah kerana dia pasti ada jodoh yang terbaik buat dirinya kelak. 






                                                          ************




Mesej yang diterima Uzma Yusra daripada Ayyad Farish membuatkan dia terpaku, Ayyad menceritakan tentang perasaannya terhadap seorang wanita yang bernama Amirah Fitriah. Dan dia sedang bercinta dengan Amirah Fitriah. Dia tidak sangka Ayyad akan menceritakan semua itu terhadap dirinya, sedangkan mereka tidak pernah kenal dan hanya pernah bersembang mengenai blog dan sedikit pendapat tentang ilmu agama. Sebenarnya Uzma Yusra sudah mengetahui semua cerita tentang Ayyad Farish melalui seorang kenalannya di Facebook. Uzma juga kenal dengan Amirah Fitriah, Amirah Fitriah juga mengetahui tentang Uzma Yusra yang cintakan Ayyad Farish. Uzma redha dengan ketentuan tu, mungkin Ayyad bukan jodohnya, dan dia yakin Allah akan hilangkan perasaannya terhadap Ayyad Farish suatu hari nanti.


Ayyad Farish : dulu ana ada terjatuh hati dekat seorang wanita,namanya Amirah Fitriah hatinya yang sungguh mulia dan dia telah banyak membawa ana ke arah islam. ana ada cakap kat dia yang ana cintakan dia, tapi, dia sudah ada yang punya dan telah pun bertunang. ana pasrah, mungkin dia bukan jodoh ana. mula-mula memang ana rasa frust sangat tapi alhamdulillah, ana dapat terima. Sekarang ni, Amirah Fitriah dah putus dengan tunangnya, dan kami sedang bercinta sekarang, dan insyaAllah akan sampai ke hubungan yang halal. ana mohon doa daripada anti agar doakan kebahagiaan kami ya.


Uzma Yusra : err, hmm.. insyaAllah, ana doakan anta dengan kak Amirah Fitriah bahagia hingga ke hubungan yang halal dan diredhai Allah. InsyaAllah.


                                                       ************


Aina Mahfuzah ialah seorang rakan kenalan Uzma Yusra di facebook, dia seorang gadis yang baik, dia salah seorang pelajar tingkatan 3 di sekolah Ayyad Farish. Uzma semakin rapat dengan Aina. Mereka selalu bercerita tentang masalah dan luahkan perasaan walaupun tidak pernah bersua namun, persahabatan mereka tetap terjalin walaupun hanya di dalam facebook dan telefon. Ainalah yang selalu memberitahu Uzma Yusra tentang Ayyad Farish. 


"Ana tension lah, bila lah ana dapat lupakan Ayyad ni? hadehh, ana penat lah Maisarah, dah  2 tahun ana pendam perasaan cinta ni," luah Uzma kepada sahabat baiknya, Fai'qah Maisarah. Fai'qah Maisarah lah tempat Uzma meluahkan perasaan dan berkongsi segala masalah suka dan duka.
 "Anti sabar je k. kalau Ayyad bukan jodoh anti, mesti Allah hilangkan perasaan anti kat dia nanti. Ana pun masih lagi tak boleh nak lupakan Amirul Mursyid. Ana lagilah dah 3 tahun ana cintakan dia.  Kita sama yusra, Allah bagi kita dugaan, perasaan tu bukannya kita yang minta, dia datang sendiri. Mungkin dengan dugaan tu boleh mematangkan fikiran kita, kita pun kenelah pandai kawal perasaan CINTA tu, jangan sampai melalaikan kita." Kata-kata Fai'qah Maisarah sedikit sebanyak dapat menenangkan hati Uzma Yusra. 


Mereka sudah lama bersahabat, ukhuwwah yang terjalin di antara mereka sangat akrab. Segala susah-payah dan saat-saat gembira telah mereka hadapi bersama. Fai'qah Maisarah juga ada terjatuh hati dengan seorang lelaki di kampung neneknya di Pahang. 


Yusra, peperiksaan kita sudah semakin hampir, anti jangan fikirkan sangat tentang Ayyad k, anti pun dah deactive facebook kan? insyaAllah, anti boleh lupekan dia. Ana pun dalam proses melupakan Amirul Mursyid. ermm.






                                                          
                                                         *************


Segala kenangan 7 tahun yang lalu terimbas kembali. Uzma Yusra baru sahaja pulang dari melanjutkan pelajarannya di Jordan. Di jordan, dia mengambil jurusan usuluddin. Uzma Yusra juga telah berjumpa dengan Aina Mahfuzah yang belajar di bumi irbid, sama dengan Uzma, ukhuwwah mereka juga semakin erat. Fai'qah Maisarah telah habis melanjutkan pelajarannya di bumi Syria, dan telah bertunang dengan  Amirul Mursyid. 'Macam mana anti boleh bertunang dengan Amirul Mursyid ni? ana tak sangka anti boleh bertunang dengan dia. alhamdulillah, semoga antum akan ke hubungan yang halal k." Uzma bertanya kepada sahabatnya itu. "insyaAllah, Ana pun tak tahu kenapa dia masuk meminang ana. Mak ana kata, dia memang minat dekat ana dulu. hmm." luah Fai'qah Maisarah kepada Uzma Yusra.


Dia sangat merindui sahabatnya itu. Mereka hanya berhubung di telefon dan skype sahaja. Tahun lepas ada juga dia berjumpa dengan Fai'qah Maisarah sewaktu dia pulang beraya di Malaysia. Lagi 2 bulan Fai'qah akan melangsungkan perkahwinannya dengan Amirul Mursyid. "eceh, sahabat ana yang comel ni dah nak diPUANkan lah. hehe. usik Uzma Yusra kepada Fa'qah Maisarah sewaktu Uzma datang ke rumah Fai'qah. err, anti ni suka usik ana kan, dari dulu sampai sekarang. ala, nanti mesti anti pun kahwin jugak, ntah2 sebulan lepas ana kahwin, anti pulak.. dengar cite ramai yang minat dekat sahabat ana yang cute ni.. hee.


Tiba-tiba Uzma Yusra teringatkan Ayyad Farish, dia sudah lama tidak mendengar khabar Ayyad Farish dengan kak Amirah Fitriah. Mungkin mereka dah kahwin kud, tapi takkan kak Amirah tak jemput aku, hmm.. Ayyad mesti jemput Aina Mahfuzah. Kalau diorang dah kahwin, alhamdulillah.. Tiba-tiba, lagu berjalan tanpa henti nyanyian kumpulan Devotees menjerit-jerit di telefon bimbit Uzma Yusra minta diangkat, Uzma melihat nama Aina Mahfuzah tertera di skrin telefon bimbitnya. Dia tersenyum lebar. Dia rindukan sahabat yang berjuang sama-sama dengannya di bumi Irbid itu.


"Assalamualaikum, ya ukhti Aina.. rindukan ana eh? hehe"


"Waalaikumussalam, eleh, perasan je.. ntah2 anti yang rindukan Ana kan?"


"Err, sapa yang kol sapa ni? haha.. ada apa kol ni? Anti kalau kol mesti ada hal penting kan? kalau tak takde maknanya nak kol ana ni?"


"Anti tenang eh, jangan terkejut tau kalau ana cakap ni.."


"Ada apa ni? janganlah buat ana suspens. huhu, bagilah tahu cepat. hmm.. "


"Kak Amirah Fitriah dah meninggal."


"What? meninggal? innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Sakit apa Aina? Ayyad macamana? anak diorg macamana? "


"Err, Sakit leukimia.. Ayyad? entahlah. yang ana tahu dia dah lama putus dengan kak Amirah, kak mira pun tak kahwin lagi. dia dh lama menghidap penyakit ni. hmm, Allah lebih sayangkan dia."


"Hm, Ana ingat diorang dah kahwin. Ajal dia dah sampai. Kita ni pun, bila-bila masa je Allah nak jemput kan? hmm, Aina tak pergi melawat dia ke? Ana nak pegi, jauh sangat. 


"Ana pun tak pegi, ana kat umah makcik ana kat Johor ni. klah, Assalamualaikum. jaga diri ye Uzma.

"Ouh, oke, waalaikumussalam.. anti pun sama. 


Berita yang disampaikan Aina itu sungguh membuatkan hati Uzma sayu. Walaupun dia tidak pernah bersua dengan kak Amirah, namun ukhuwwah yang pernah terjalin antara mereka sangat akrab. Fai'qah pun terkejut bila mengetahui berita itu dan tentang Ayyad.
"Anti oke tak Uzma, ana risaulah, nanti kita jumpa k, tentang Ayyad tu, tak payahlah fikir sangat, anti pun dah boleh lupakan dia kan? hmm," Kata fai'qah kepada Uzma.


"Anti tak payah lah fikir masalah ana ni, ana tak nak menyusahkan anti. Anti kan tengah honeymoon, nanti apa pulak cakap Amirul Mursyid." Uzma Yusra cuba menyimpan perasaan sedihnya itu. 


"Abang Amirul tak kesah pun lah. hehe, nanti ana balik honeymoon kita jumpa k.. jangan sedih-sedih tau, jaga diri." Tenang sedikit hati Uzma Yusra selepas bercakap dengan sahabatnya itu. Dia sebenarnya tidak mahu mengganggu sahabatnya yang baru sahaja berkahwin minggu lepas.




                                                     
                                                            ***********


"Mabruk ya sodiqati habibati, akhirnya bertunang juga sahabat ana ni. Anti tak nak tahu ke siapa nama tunang anti tu?" Ucap Fa'iqah Maisarah kepada Uzma Yusra yang baru menjadi tunangan orang. Dia kagum dengan Uzma, Uzma tidak ingin mengetahui nama tunangnya dan tidak mahu melihat tunangnya itu. Dia hanya mengetahui maklumat tentang jurusan yang diambil oleh tunangnya. Dia yakin pilihan ayahnya itu tepat. Lelaki itu meminang Uzma Yusra, dan ayahnya sudah kenal lelaki itu. Dan dia ikut sahaja keputusan ayahnya itu.


"Uzma yakin nak terima pinangan ni, walaupun lelaki itu tidak hensem, tidak ada rupa, tapi ayah yakin hatinya sungguh mulia."


"Uzma redha ayah, muka tak hensem takpe yah, yang penting hati hensem.. hehe..
Semua tergelak mendengar kata-kata Uzma Yusra itu. 


"Macam-macamlah kamu ni, Uzma.."


"Lagipun Uzma dah istikharah ayah, Uzma dapat petunjuk untuk terima pilihan ayah. "


"alhamdulillah"  Lega semua yang mendengar, ternyata Uzma sudah berfikir betul-betul sebelum menerima pinangan tu.






                                                           ***********


Uzma 'log in' akaun mukabuku nya. Dia telah membuat facebook baru selepas SPM, dia deactivate kan akaun facebooknya yang lama kerana ingin menjaukan diri dari Ayyad Farish. Dia melihat notificationnya, ada seseorang ingin menambahnya sebagai rakannya.
"Ayyad Farish bin Muhammad? er, macamane dia boleh tahu facebook baru aku ni? takkan Aina bgithu kud. hmm, accept jelah.


Ayyad Farish : Assalamualaikum..


"Alamak, dia tegur pulak.. nak balas tak, hmm.. balas jelah.. sebagai kawan, aku pun dah nak kahwin dah. huh."


Uzma Yusra : Waalaikumussalam..


Ayyad Farish  : err, facebook lama deactivate ke? penat ana cari, akhirnya jumpa jugak lepas ada orang bagitahu..


"Dia cari facebook aku? biar betul. hmm, Ya Allah, ampunkanlah dosaku ini."


Uzma Yusra  : err, hmm.. aah. serabutlah facebook tu.. hee..

Ayyad Farish : erk? ouh, btw.. Syukran Jiddan sebab sudi jadi tunang ana dan lagi 2 minggu kita nak nikah kan?

                                            
"Kata-kata Ayyad Farish membuatkan Uzma Yusra tergamam.. ha?  dia tunang aku? biar betul?


Uzma Yusra terus 'log out' facebooknya dan ingin bertanya Aina dan Fai'qah.


"Ya, anti tunang dengan Ayyad Farish yang anti cintakan tu, aritu ana nak bagitahu sapa tunang anti, taknak.. hehe." Kata Fa'iqah Maisarah. 


"Ya Allah, macamana boleh jadi ni? ana dah lama sangat kut tak dengar cerita Ayyad, mana dia dapat alamat rumah ana, macamana dia boleh tahu yang ana belum kahwin, n kenapa dia meminang ana? hmm.." luah Uzma Yusra ingin tahu.


 "hmm, hehe.. itu semua anti kena tanya Aina Mahfuzah. Ana cuma tolong sikit-sikit je.. hehe.. " 


"ha? yela-yela, ana kol Aina.. hmm.. Uzma Yusra mematikan taliannya daripada Fai'qah Maisarah.


Uzma Yusra segera menelefon Aina Mahfuzah selepas mematikan talian Fa'iqah Maisarah..


"Assalamualaikum ya sodiqati, lama tak dengar suara anti.. rindunya ana kat anti.." Kata Aina Mahfuzah.


"Waalaikumussalam, ana pun rindukan anti. Ana ada hal penting ni nak tanya.."


"Apa yang penting sangat tu Yusra? cakaplah."


"Macamana Ayyad Farish boleh jadi tunang ana? mana dia tahu maklumat tentang ana? dan macamana dia tahu alamat rumah ana? err.. "


"Ouh, anti dah tahulah ni siapa bakal suami anti ya? hehe. Sebenarnya Ayyad Farish tu sepupu ana, dia dah lama minat dekat anti.. Lepas kak Amirah Fitriah bertunang, dia jatuh hati pada anti. "


"Ha? sepupu anti? err, tapikan dia bercinta dengan kak Amirah Fitriah selepas Kak Mira putus dengan tunangnya, ana tak faham lah Aina. "


"Memanglah, tapi kak Mira minta putus sebab sakit leukimia dia dah teruk, dan dia bagitahu Ayyad yang anti cintakan dia."


"Ha? kak Mira bagitahu? Ya Allah, malunya ana! "


"Sebenarnya masa tu, Ayyad dah lama jatuh cinta kat anti, tapi bila kak Mira dah putus, dia jadi serba salah.. soal macamana dia tahu tentang anti, mana dia dapat alamat rumah anti, semua ana yang bagitahu Uzma, Ana minta maaf k.. hmm, mungkin memang jodoh anti dengan Ayyad."


"Hmm, Ya Allah.. Malunya ana kalau jumpa dengan dia nanti, ana dah lah tak pernah bersua dengan dia, bercakap dengan dia pun tak pernah, hadehh.. macamana ni? ana malu lah Aina.."


"Hehe, anti pernah jumpa lah dengan dia.. Anti ingat tak anti datang rumah ana masa abang ana kahwin bulan lepas? kan ana ada tunjukkan sepupu lelaki ana. Tulah Ayyad Farish.. hehe.. "


"Lah yeke? hensem juga.. hehe.. okelah Uzma, ana minta diri dulu eh, jumpa nanti masa ana nikah.. Aishh, berdebar pulak jantung ni. Assalamualaikum. "


"Uzma, gatal eh.. ana cakap ngan Ayyad baru tahu, hahaa.. Oke, anti jaga diri k.. Bakal pengantin ni jangan buat kerja sangat.. hehe.. waalaikumussalam"


Tanpa disedari, bibir Uzma Yusra menguntum senyuman bersama linangan air mata.. Dia tidak menyangka bahawa lelaki yang berada di hatinya selama hampir sepuluh tahun bakal menjadi suaminya. Syukur Ya Allah.. alhamdulillah..




                                                           **************




22 Disember 2011..


"Aku terima nikahnya Uzma Yusra bte Abd Halim dengan mas kahwinnya RM 80.00 tunai."


SAH!


"Alhamdulillah.. " para hadirin yang menyaksikan pernikahan di antara Uzma Yusra dengan Ayyad Farish mengucapkan syukur..


Uzma Yusra berdebar saat Ayyad Farish ingin meyarungkan cincin ke jari manisnya. 


"Assalamualaikum.." ungkapan Ayyad Farish itu semakin mendebarkan hati Uzma Yusra.


"Err, waalaikumussalam.." jawab Uzma Yusra dengan suara yang bergetar..


Ada satu perasaan tenang yang dirasakan Uzma Yusra saat Ayyad Farish mengucup dahinya. Ayyad Farish ada membaca sepotong ayat semasa mengucup dahi Uzma Yusra. Air mata Uzma Yusra jatuh juga, Ayyad Farish mengesat air mata Uzma Yusra yang jatuh itu..  


"Uzma, anti jangan sedih k, ana akan menjaga anti hingga akhir hayat anti, dan insyaAllah ana akan membawa anti hingga ke syurga.. "


Kata-kata suaminya itu membuatkan Uzma Yusra berasa begitu terharu, dia yakin kebahagiaan bakal menjadi miliknya. 


"Alhamdulillah ya Allah, KAU beri aku suami yang mencintaiMU.. Semoga kebahagiaan menjadi milik aku dan suamiku, dan juga kepada bakal anak-anak kami.. insyaAllah.."
Uzma Yusra bermonolog sendiri. 





p/s: Cerita ni hanya rekaan semata-mata, kalau ada yang rasa ni cerita dia, itu hanya kebetulan je.. hehe, segala yang baik datang dari Allah, dan yang kurang baik itu semua dari ana. ana hanyalah hamba yang lemah, tidak lari dari kesilapan.. Asiff jiddan kalau cerita ni ada mengarut sket.. hee..
kalau ada yang korang tak faham makna ke, tanya ea.. 

semoga cerpen ini memberi manfaat kepada antunna wa antum yang membaca, insyaAllah..
may Allah bless u all.. btw, doakan ana untuk kejayaan PMR tahun ni.. insyaAllah.. syukrann.. ^^


















Comments

Tinta Mujahidah said…
jalan cerita yang baik mcam ada persamaan...
alhamdulillah, ade persamaan? persamaan ape?
YYDJ 0501 said…
sngt best....
tp...ending dye x twu lar...
sedeynyer...terharu pown ye..
huhu...
hehe , best ke ziha ? terharu ? hee .. best kan .. hee .

Popular posts from this blog

Awak, kenapa awak kahwin dengan saya???

Doa Seorang Hamba

Anis Fatihah (Part 2)