Cinta Allah Cinta Abadi...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..
Kaifa halukum???
silakan bace yer..
moga ada manfaatnya..
insyaAllah...
Ya Allah.. sekiranya aku jatuh cinta, maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang, yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu...

Ya Allah, mengapakah diri ini sering lalai dengan cinta selain cintamu ya allah..
      Diri ini berasa begitu hina di hadapan mu ya Allah.. 

Memang susah kita nak elakkan perasaan suka atau jatuh cinta kepada seseorang...  Cinta itu hadir tanpa kita minta kan??? ada ke kita minta, nak jatuh cinta!!! x de kan.... die dtg dengan sendirinya.. Ada orang memang suke kalau jatuh cinta ni... ana memang teringin sangat nak betul2 jatuh cinta dengan Allah... susah sekali kalau kita nak mencari orang yang betul 2 setiap masa ingat Allah... setiap masa rindukan Allah...

Kadang-kadang 2 bila kite terasa susah, terasa diuji baru nak cari Allah...
 Ya Allah Kau kuat kan lah iman ku, untuk sentiasa mengingati Mu, sentiasa tsabit di jalan    Mu, beristiqamah dalam beribadah kepada Mu... Kau kurniakanlah perasaan itu kepada    hambaMu yang lemah ini Ya Allah...

Adakah setiap masa kita rindukan Allah??? wallahualam.... memang susah untuk selalu menigingati Allah.. Tetapi, Allah selalu merindui hambaNya setiap waktu... begitu juga dengan Nabi Muhammad S.W.T... sentiasa mengingati umatnya... sehingga di nafas terakhirnya, menyebut UMMATI,UMMATI,UMMATI... Kita??? selalukah kita berselawat ke atas nabi???

Setiap kali kita mendapat rezeki, dapat kejayaan, sembuh daripada penyakit... adakah kita menyebut ALHAMDULILLAH??? selalukah??? Pernahkah kita sujud syukur pda Allah bila kita dapat sesuatu ape yang kita impikan??? kalau yang selalu 2 alhamdulillah lah... truskn istiqamah yer... ana cakap ni untuk mengingati diri ini juga...setiap manusia x lari dari kesilapan... MasyaAllah...
\
Pernah x kamu semua merasakan, yang iman kamu sentiasa naik, x pernah turun.... selalunya iman kite akan turun dan naik.. macamana erk kite nak tetapkan iman?? berzikirlah, bertafakurlah, berselawatlah kepada Allah... dan yang paling penting, kita kena jaga pandangan,pendengaran,percakapan.... semua perkara yang kita nampak mesti kita lihat kan?? kalau perkara itu perkara maksiat??? iman kita boleh turunkan?? masyaAllah...

Apabila iman meresapi hati,
terbasuhlah jiwa,
terbinalah diri,
kerana keimanan menghubungkan manusia 
dengan pencipta kepada hati...

Maksudnya di situ, jika iman ade dalam diri kita, pasti kita rasakan jiwa kite bersih, rase yakin pada diri sendiri, rase tenang,kerana IMAN ialah penghubung antara kita dengan Allah....

bacelah citer ni...sekadar renungan bersama...




Seorang gadis membuat rumah terbuka lalu dia mengajak teman2 rapatnya..


Kali ini dia mahu buat sedikit kelainan..
Dia mahu buat doa selamat dan solat hajat..
Tidak ketinggalan dia mengajak Teman Lelakinya
Si gadis mula terkenangkan "masa depannya"
Lalu dia menyuruh Teman Lelakinya meng Imam kan solat hajat...
Merdu sekali suara Teman Lelakinya mengalunkan bacaan ayat2 suci Al-Quran...
Selesai memberi salam, Teman Lelaki serikan lagi   dengan zikrullah..
Tambah cair lah hati si gadiss....~
Selesai Solat seperti biasa pasti bersalam-salaman antara satu sama lain
laki dgn laki
perempuan dgn perempuan
Tiba2.....
Teman Lelaki menghulurkan tangan kepada si gadis dan bersedia untuk mencium dahi....

Heyyyy!!!~, si gadis melenting dan mengelak...

"Apa u ni...kan lepas solat ni...mana boleh salam dgn laki bukan muhrim..."
Teman Lelaki itu terkejut dan tergelak...lalu berkata,
"Habis tu selama ni kita dating pegang2 tangan..kadang2 dating kat taman i siap cium dahi u lg tanda cinta kita...x salah ka???!!
Si Gadis membalas,
"U pown agak2 lah, kan kita lepas solat ni...waktu dating lain waktu solat lain...respect lah skit...kan tgh ade wuduk ni.."
Tiba2 terbuka hati lelaki tersebut...
lalu berkata...
"U sedar tak, kita sedar kewujudan Tuhan hanya waktu Solat sahaja...sedangkan Tuhan itu Sentiasa Bersama kita, Sentiasa memerhati gerak geri kita sekalipun kita tengah dating..."
Astaghfirullahh~

"Kita ada wuduk setiap masa...
Bukankah kita dilarang sama sekali bersentuhan selagi tiada ikatan pernikahan yang sah....."
sambung Teman Lelaki tersebut...

"U, I nak nikah ngan U...even Kita tengah belajar lagi...I sanggup cari duit...I tak sanggup tanggung dosa..berapa banyak kita tanggung dosa...kita dah Couple almost 3 years...kalau U xnk kawen ngan I, I sanggup putuskan hubungan kita..sbb I tak sanggup tanggung Dosa lagi..."
Si Gadis Terkedu!~
"Gulp"..
Teman Lelaki mengalirkan air mata....
Taubat Nasuha menjadi jalan permulaan kepada kehidupan yang akan datang..


p/s : lelaki yang soleh & perempuan yang solehah adalah mereka yang berjihad menjaga pandangan,hati dan setiap langkahnya 'mereka' itu hnya mahukan 'penglihatan' dari ALLAH...salam muhasabah..
♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥

"Kalau berjodoh tidak ke mana."
Walau jauh, Allah dekat, dekat dan dekatkan lagi.
Sungguh, aturan Allah tidak dapat kita jangka.

Tinggal kita saja, ‘minta sungguh-sungguh’ agar Allah bukakan hati dia untuk melamar kita.
Kerana Allah-lah Maha Kuasa membukanya.

Kita, senyum ^_^ Biar hati sahaja yang berbicara...insyaALLAH....


•´¯`•.♥•♪♫♥¸



Dalam hadis,Rasullullah ade mengatakan kepada golongan remaja yang mampu berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingatlah  bahawa, Allah sangat mencintai kita... kita juga mesti mencintaiNya... Jika kita cinta akan manusia, ia akan mati, dan jika kita cinta akan bunga ia akan layu... oleh itu letaklah Allah sebagai tempat teratas untuk dicintai... selepas itu barulah cinta untuk ibu bapa.... waallahualam bissawab... 


sumber


  • apa yang ditulis adalah pengajaran untuk kita semua... x semestinya penulis itu sempurna... bkn niat nak berbangga diri...tetapi sekadar renungan bersama... xde manusia yang sempurna...
  • n setiap manusia x lari dri kesilapan di dunia ini...
  • same2 lah kite memuhasabah diri kita....
  • semoga Allah memberkati kite semua...insyaAllah....
May Allah bless you...:)



Comments

cerita best said…
NICE BLOG...TQ SBB MSUK BLOG PAKJOE..NNT PAKJOE AKAN LETAK LG TIP2 PASAL BLOG SABAR YE

Popular posts from this blog

Awak, kenapa awak kahwin dengan saya???

Doa Seorang Hamba

Anis Fatihah (Part 2)