Luahan Seorang Sahabat..

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
kaifahalukum???


Nak tanye satu soalan ni... sape ade kawan?? angkat tangan!!!..heheheh... kalo tanye msti semua orng kte ade kn... nabi muhammad kite pon ade kawan... 

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)
 
Kita mestilah memilih kawan yang baik agama nya, ada orang lihat muka, darjat dan yang pandai... kalau orang tu miskin, kurang cantik.. x nak kawan..abis spe nak kawan ngn dia?? sian kan? huhu... kita berkawan janganlah tgk muke... ana bersyukur sangat dikurniakan oleh Allah sahabat yang tidak memilih kecantikan dn darjat...syukran jazilan ila sahabati yg sudi menjalinkan ukhuwwah dngn ana... tpi kite kene memilih juge sbnrnye, jgnlah berkawan dengan orng yg jahil... 
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
 kalau dapat berkawan dengan orng yang soleh dan solehah lagi bagus... tapi alhamdulillah ana dikurniakan sahabat yang solehah... moge kami same2 akan menjadi wanita solehah..aminn...
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: 

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? 
  • 1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  • 2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
  • 3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  • 4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  • 5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Kepada sahabatku dalam keimanan yang tercinta,

Aishah,Adibah,Izzatie,Amirah, dan sahabat ana yang lain...

Ukhuwwah yang terbina antara kita ibarat bangunan yang utuh binaannya... Ya Allah kekalknlah ukhuwwah antara kami...

Saat aku gelap,
akan kau bukakn cahaya untukku,

Saat aku tenggelam, kau adalah pelampungku...
Kerana keimanan itu ialah dasar ukhuwwah kita...

Engkau tidak marah apabila aku membuat kesalahan...
Engkau sabar melayan perangaiku...

Wahai Sahabat,
Semoga Allah memberkatimu... Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar..

Walaupun ada yang ingin merobohkan ukhuwwah kita, 
dan mereka merancang bermacam kejahatan..
tetapi Allah telah merancang perkara yang lebih baik untuk kita...
di sini ade satu cerpen sahabat sejati.. bacelah..moge ade manfaatnye...


Wahai sahabatku,
andai kata kite terpisah kerana ingin meneruskan perjalanan kita yang berlainan arah,
ingatlah bahawa hati kita akan selalu saling merindui kerana Allah...
dan ingatlah hubungan kita di atas dasar keimanan...
tidak ada siapa yang boleh memusnahkan benteng  ukhuwwah kite..


Wahai sahabatku,
sekiranya aku pergi dulu meninggalkan dunia ini...
ingatlah bahawa kita akan berjumpa lagi di syurga Allah yang kekal Abadi...
insyaAllah...


Wahai sahabatku,
marilah sama2 kite meneruskan perjuangan kite sebagai umat islam di muka bumi ini....
akhir kalam dari sahabatmu..


ANA UHIBBUKI FILLAH.... ABADAN ABADA...


lagi satu ana nak ingat



Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.
May Allah Bless You Alls...  Fastabiqul khairot..:)


sumber:



      p/s
  • asif jiddan kalo ayat berterabur sket.... heheheh... moge ade manfaatnye...:)
  • kalau ade yang tidak kene antunna dialu2 kn untuk komen yer... :)



Comments

Popular posts from this blog

Awak, kenapa awak kahwin dengan saya???

Doa Seorang Hamba

Anis Fatihah (Part 2)