Jiwa Terasa Kosong???

Jiwa antunna terase kosong??? hiasilah jiwa dengan berzikir kepade kekasih kite yang abadi.. iaitu Allah S.W.T... ramai para remaja zaman sekarang, bila terase jiwa mereka kosong, mesti mereka nak cri pasangan... kenape??? x semestinya kalau jiwa kosong kene cari pasangan??? kekal ke kalau couple ni?? x semestinya kan??? ermm... berapa kali nk ckp couple 2 haram.... kalu dh haram 2 haram juge.. cube hayati kate2 ni..

Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan.....

masyaAllah... buat pe couple 2 ni... ia akan mengecewakan hati antunna semua... kpde akhowat2 semua.. jagalah diri antunna ye... jgn biarkn diusik oleh ajnabi... pelihara dirimu wahai akhowat semua... dan ingatlah bahawa..


Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.


hayatilah kata2 di bawah ni... insyaAllah akan mengisi jiwa antum/antunna yg kosong..insyaallah.. may Allah bless you all..






"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)
Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?                                           





Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.
Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.
Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!


alt

Comments

syasya said…
nak copy paste kat blog boley ? syukran for the information <3
boley2, silakan.. sharing is caring.. ^__^

Popular posts from this blog

Awak, kenapa awak kahwin dengan saya???

Doa Seorang Hamba

Anis Fatihah (Part 2)